PM mahu Tengku Adnan beri kerjasama pada BPR
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberi bekerjasama kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung siasatan dalaman mengenai dakwaan penyelewengan dana oleh dua pegawai Tourism Malaysia yang berpejabat di Seoul.
"Beliau kena bincang dengan BPR, kerana jika tidak, akan timbul reaksi tak sewajarnya daripada orang ramai," kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di Madrid ketika ditanya mengenai perkara tersebut.
Dalam kenyataannya, Tengku Adnan berkata siasatan dalaman bermula dua minggu lalu setelah dua pegawai itu didakwa menyalahguna kuasa dan mendapat manfaat daripada pembikinan satu klip video mengenai kempen Tahun Melawat Malaysia oleh sebuah syarikat Korea Selatan.

Menurut laporan Bernama, pembikinan klip video itu didakwa menelan belanja RM850,000.
Abdullah berkata BPR mungkin mahu menyiasat dan ia tidak boleh dihalang.
"Apabila ia memperoleh maklumat bahawa ada sesuatu yang tidak kena, BPR boleh bertindak," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Datuk Shahrir Samad berkata Kementerian Pelancongan perlu menyerahkan siasatan kepada BPR supaya kementerian itu tidak dilihat sebagai cuba menyembunyikan perkara itu.
Ketika ditanya sama ada beliau diberitahu mengenai kes itu, Abdullah berkata: "Saya tidak diberitahu. Berlaku semasa saya di sini."
Lapor komen ini

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.