Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AS keluarkan amaran perjalanan susulan ancaman peluru berpandu

Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menggesa rakyatnya mempertimbangkan semula perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Arab Saudi dengan mengeluarkan nasihat tahap 3 serta meminta mereka meninggalkan negara berkenaan atau bersedia berlindung di tempat masing-masing susulan ancaman berterusan “peluru berpandu dan dron”, menurut notis rasmi.

“Kami menggesa semua rakyat Amerika agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta menyemak panduan terkini daripada kedutaan atau konsulat AS,” menurut Jabatan Negara dalam amaran perjalanan berasingan yang dikeluarkan melalui kedutaan AS di negara berkenaan.

Penerbangan komersial masih beroperasi di UAE dan Arab Saudi, namun kelewatan serta pembatalan mungkin berlaku, menurut negara itu seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

Jabatan Negara telah mengendalikan lebih 70 penerbangan pemindahan dan membantu ribuan rakyat Amerika meninggalkan Asia Barat sejak konflik bermula pada 28 Feb, menurut pegawai.

Ketegangan serantau terus meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang telah mengorbankan lebih 1,340 orang.

Tehran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan anggota tentera AS, menyebabkan korban dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS