Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian terbaik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42 berbanding 4.49 pada 2024.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata sebanyak 366,435 calon atau 94.29 peratus layak diberikan sijil SPM pada 2025 berbanding 355,933 calon pada 2024.
“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10,502 calon atau 0.28 peratus. Tahniah untuk semua usaha warga guru yang dizahirkan dalam keputusan SPM,” katanya dalam sidang media pengumuman keputusan SPM 2025 di Putrajaya, hari ini.
Mohd Azam berkata analisis keputusan SPM 2025 menunjukkan pencapaian calon yang memberangsangkan, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan akses pendidikan yang inklusif dan berkualiti dalam menyokong aspirasi Malaysia MADANI.
- Bernama
