Surat Dzaiddin-Dr M mengenai pelantikan hakim
Surat menyurat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah antara Oktober 2001 dan Januari 2002 memberi gambaran bagaimana hakim-hakim dilantik.
Surat-surat yang dikategorikan sebagai rahsia itu - yang telah diklasifikasi semula dan dikemukakan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam semalam - menunjukkan bagaimana Dr Mahathir memutuskan siapa yang dilantik menjadi hakim dan sebaliknya.
Dalam sepucuk surat tersebut, Dr Mahathir tidak menjelaskan mengapa beliau menggugurkan dua calon untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi walaupun nama mereka dikemukakan kepadanya sebanyak dua kali.
Surat menyurat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah antara Oktober 2001 dan Januari 2002 memberi gambaran bagaimana hakim-hakim dilantik.
Surat-surat yang dikategorikan sebagai rahsia itu - yang telah diklasifikasi semula dan dikemukakan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam semalam - menunjukkan bagaimana Dr Mahathir memutuskan siapa yang dilantik menjadi hakim dan sebaliknya.
Dalam sepucuk surat tersebut, Dr Mahathir tidak menjelaskan mengapa beliau menggugurkan dua calon untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi walaupun nama mereka dikemukakan kepadanya sebanyak dua kali.
Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman, yang turut dipanggil memberi keterangan semalam dan mempunyai pengetahuan mengenai kandungan surat-surat tersebut.
Suruhanjaya itu diberitahu semalam bahawa surat yang bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mencadangkan lima nama kepada Dr Mahathir untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.
Mereka adalah Peguamcara Negara Datuk Heliliah Yusof; Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ramly Ali dan Datuk Ahmad Maarop, peguam kanan Andrew Chew dan Zainudin Ismail.
Kekosongan tidak diisi
Bagaimanapun, dalam jawapannya kepada Mohamed Dzaiddin pada 5 Disember 2001, Dr Mahathir hanya bersetuju dengan tiga nama yang dicadangkan, iaitu Heliliah, Ramly dan Ahmad.
"Di samping itu, saya ingin mencadangkan supaya dua daripada lima Pesuruhjaya Kehakiman yang sedang berkhidmat seperti berikut juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi," tulis Dr Mahathir dalam surat tersebut. (lihat surat di sini).
Dr Mahathir mencadangkan Datuk Zakaria Sam, Su Geok Yam, Sulaiman Daud, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad and VT Singam.
Kemudiannya pada 11 Januari 2002, Mohamed Dzaiddin menjawab surat Dr Mahathir itu dengan menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan permintaannya untuk melantik Sulaiman dan Singam, selepas berbincang dengan Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah and Sarawak.
Mohamed Dzaiddin juga mengucapkan terima kasih Dr Mahathir kerana persetujuannya dengan pelantikan Heliliah, Ramly da Ahmad, tetapi sekali lagi mengemukakan nama Chew dan Zainudin untuk pertimbangan semula Dr Mahathir
"Oleh kerana terdapat 12 kekosongan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi saya dengan rendah hati dan takzim merayu agar YAB Datuk Seri dapat mempertimbangkan semula pencalonan saya pada 5 Disember 2001 untuk Dr Andrew Chew Peng Hui dan Encik Zainudin Ismail dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.
"Sayugia dimaklumkan kedua-dua calon ini adalah dari kalangan peguam. Mereka mempunyai kelulusan dan kepujian yang tinggi, penuh pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara dan layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi," kata Mohamed Dzaiddin. (Lihat surat di sini)
Mohamed Dzaiddin menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa pengalaman kerja Zainudin, termasuk perkhidmatan selama 10 tahun dalam bidang kehakiman dan perundangan Malaysia.
Chew pula, kata Mohamed Dzaiddin, mepunyai 30 tahun pengalaman dalam bidang guaman dan arif dalam undang-undang.
"Saya yakin bahawa pelantikan mereka berdua adalah aset kepada Badan Kehakiman," kata Mohamed Dzaiddin dalam suratnya itu, serta melampirkan bersama biografi Chew dan Zainudin.
Beliau mengakhiri suratnya dengan berdoa agar Dr Mahathir sekeluarga berada dalam sihat walafiat serta di bawah perlindungan Allah swt.
Rayuan ditolak
Namun begitu, dalam surat jawapannya kepada Mohamed Dzaiddin dalam bulan saya, Dr Mahathir sekali lagi menolak pencalonan Chew dan Zainudin.
"Pencalonan Dr Andrew Chew Peng Hui dan Encik Zainudin Ismail untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi adalah tidak dipersetujui," kata Dr Mahathir dalam surat balasnya. (Lihat surat di sini)
Senarai calon yang dikemukakan oleh Mohamed Dzaiddin kepada Dr Mahathir adalah penting kerana Lingam dirakam berbual melalui telefon mengenainya dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim - yang merupakan Hakim Besar Malaya ketika itu - then chief judge of Malaya - pada Disember 2001.
Mohamed Dzaiddin bersara pada 2003 dan digantikan oleh Ahmad Fairuz, yang telah bersara Disember lalu.
Dalam klip video selama 14 minit itu, Lingam memberitahu Ahmad Fairuz bahawa nama Zainudin telah digugurkankerana beliau "mengkritik" pelantikan Ahmad Fairuz sebagai Hakim Besar Malaya dan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Menurut rakaman video tersebut, Lingam berkata (terjemahan): : "Ada surat dihantar kepada… ah … CJ - Maksud saya Tan Sri Dzaiddin - bahawa Datuk Heliliah, …er Datuk Ramli dan Datuk Maarop dilantik menjadi hakim, dan beliau (Mahathir) menolak Dr Andrew Chew dan apa itu Zainudin Ismail lah kerana Zainuddin Ismail yang mengkritik pelantikan anda dan pelantikan Tan Sri Mohtar."
Seperti yang disebut dalam klip video Lingam, nama kedua-dua peguam tersebut digugurkan apabila pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi diumumkan secara rasmi dua bulan kemudiannya.
Video tersebut juga menunjukkan Lingam menyuarakan kebimbangannya bahawa Mohamed Dzaiddin yang bakal bersara, melantik 'orang-orangnya' untuk mengisi jawatan tinggi dalam badan kehakiman.
Perbualan tesebut menyentuh tentang mustahaknya get Ahmad Fairuz yang menyandang jawatan Hakim Besar Malaysia ketika itu - jawatan No 3 - dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan (No 2) dan kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara (No 1).
Perbualan Lingam itu juga turut menyebut nama ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan, rakan rapat Dr Mahathir, dan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu.
Mereka sepatutnya melobi Dr Mahathir mengenai pelantikan hakim-hakim. Berita asal

