Seorang kru pesawat pejuang F-15E Amerika Syarikat (AS) yang ditembak jatuh di selatan Iran pada Jumaat berjaya diselamatkan oleh tentera AS, manakala operasi mencari dan menyelamat bagi seorang lagi kru masih diteruskan, lapor CBS News yang memetik pegawai, menurut Xinhua.
Presiden AS Donald Trump telah diberi taklimat mengenai insiden itu, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt.
Ia merupakan pesawat perang AS pertama yang diketahui ditembak jatuh di dalam Iran sejak AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas negara itu pada 28 Feb.
Insiden itu juga menandakan kehilangan pesawat F-15 keempat sepanjang konflik.
Sebelum ini, Kuwait secara tidak sengaja menembak jatuh tiga pesawat beberapa hari selepas perang bermula.
Kesemua enam kru sempat melenting keluar dan terselamat.
-Bernama- Xinhua
