Individu yang merakamkan video perbualan peguam Datuk VK Lingam pada 2001 mengenai pelantikan hakim-hakim, memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video tersebut pagi ini.
Loh Gwo Burne, 33, dikenalpasti oleh bapanya Loh Mui Fah minggu lalu sebagai orang yang merakamkan secara rahsia perbualan peguam tersebut pada Disember 2001, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau tiba di mahkamah Jalan Mahkamah Duta awal pagi ini, dengan membawa sebuah fail dan sebuah beg kecil, dipercayai berisi kamera yang digunakan untuk merakam perbualan peguam Datuk VK Lingam.
