MB: Ada wakil rakyat Kedah akan digugurkan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa ada wakil rakyat di Kedah sekarang yang akan digugurkan dalam pilihanraya umum akan datang.
"Realitinya akan ada yang digugurkan... ahli politik boleh menerima keadaan ini yang menjadi asam garam bagi mereka," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.
Keadaan itu, katanya, akan memudahkan bagi pemilihan calon pada pilihanraya nanti.

"Saya rasa tidak akan ada masalah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Perhubungan Umno Kedah malam tadi.
Mengenai senarai calon Umno, Mahdzir berkata beliau belum memperincikan senarai mereka tetapi bersedia untuk mengemukakannya apabila tiba masanya, demikian menurut laporan Bernama.
Menurutnya lagi, kombinasi calon tua dan muda akan dapat membantu Umno menyediakan pelapis untuk mengambil alih teraju pemerintahan kelak.
Prestasi baik
"Ini baik untuk parti," kata beliau. Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri malam tadi berlangsung sehingga lewat malam yang memfokus kepada persiapan terakhir Umno Kedah menghadapi pilihanraya.
Menurut Mahdzir, beliau puashati dengan persiapan yang dibuat buat oleh semua bahagian Umno di Kedah yang membabitkan jawatankuasa, jentera, bilik gerakan, peti undi dan peranan serta tanggungjawab Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.
"Prestasi baik Umno meletakkan semua anggotanya bersemangat tinggi menghadapi pilihanraya," kata.
Menurut Mahdzir lagi, pilihanraya olok-olok telah diadakan di semua kawasan Parlimen, kecuali Merbok yang akan mengadakannya pada 26 Januari ini, yang sekaligus menunjukan Umno sudah bersedia 100 peratus.
"Keadaan ini menyebabkan Umno Kedah berada dalam keadaan selesa dan tambahan pula kita telah mengesan serta mendaftarkan kira-kira 75 peratus daripada 43,000 anggota parti yang sebelum ini belum mendaftar sebagai pengundi," kata Mahdzir.
Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah berkata perbincangan dengan anggota komponen BN negeri mengenai persiapan pilihanraya akan diadakan kemudian.