Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga minyak naik 8 peratus lepas Trump nak sekat Selat Hormuz
Diterbitkan:  Apr 13, 2026 8:49 AM
Dikemaskini: 12:49 AM

GLOBAL | Harga minyak global melonjak lapan peratus selepas Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan sekatan di Selat Hormuz, dengan minyak mentah Brent melepasi paras AS$102 setong, menurut data dagangan.

Agensi berita Sputnik/Ria Novosti melaporkan, setakat jam 22:01 GMT (6.01 pagi waktu Malaysia), niaga hadapan minyak mentah Brent bagi Jun meningkat 7.76 peratus berbanding penutupan sebelumnya kepada AS$102.59 setong.

Niaga hadapan WTI bagi Mei pula naik 8.2 peratus kepada AS$104.51.

Pada Sabtu, Tehran dan Washington memulakan rundingan di Islamabad selepas Trump mengumumkan persetujuan dengan mengenai gencatan senjata selama dua minggu.

Pada pagi Ahad, Naib Presiden JD Vance yang mengetuai delegasi AS mengumumkan bahawa merela gagal mencapai persetujuan selepas rundingan, justeru perunding terbabit pulang tanpa sebarang perjanjian.

Pada Ahad pula Trump mengumumkan AS akan memulakan sekatan ke atas semua kapal yang cuba masuk atau keluar dari Selat Hormuz.

Dia juga mengarahkan Tentera Laut AS menjejaki dan memintas semua kapal yang membayar kepada Iran untuk melalui selat itu.

Markas Pusat AS berikrar untuk memulakan sekatan terhadap "semua trafik maritim yang masuk dan keluar dari pelabuhan Iran" mulai jam 14:00 GMT hari ini.

- Bernama/Sputnik-Ria Novosti


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS