Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Delegasi Pakistan ke Tehran bentang pelan pusingan kedua rundingan AS-Iran

Satu delegasi peringkat tinggi Pakistan yang diketuai oleh Ketua Tentera Fil Marsyal Asim Munir sedang menuju ke Tehran untuk merangka pelan bagi pusingan kedua rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi yang memetik media kendalian kerajaan Iran.

Membawa mesej baharu daripada Washington, delegasi tersebut dijangka membincangkan rundingan akan datang dalam mesyuarat dengan pegawai Iran, lapor IRIB News.

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi dijadualkan menerima kunjungan delegasi berkenaan.

AS dan Iran mengadakan rundingan terus yang jarang berlaku di Pakistan pada hujung minggu lalu bertujuan menamatkan konflik mereka, namun rundingan tersebut berakhir awal pagi Ahad tanpa sebarang persetujuan.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS