Lingam: Kawan kata dia suka cakap mengarut bila minum
"Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain," kata peguam Datuk VK Lingam hari ini, mengakui yang beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.
Lingam, 57, berkata dengan melihat kepada paparan dalam klip video itu, jelas kelihatan botol wain, wiski, brandi dan minuman ringan 7-Up di atas meja, dan menambah kelihatan seperti parti sedang diadakan dan juga sesi minum-minum.
"Saya mungkin minum terlalu banyak (minuman keras)," kata Lingam kepada suruhanjaya siasatan diraja.

Menurut laporan Bernama, beliau juga memberitahu suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video itu bahawa dengan melihat rakaman klip video itu, kelihatan "terdapat agak banyak minuman keras" kerana terdapat dua botol wain, sebotol wiski dan beberapa botol minuman keras (lain).
"Biasanya, saya boleh minum sehingga dua setengah gelas wain. Kemudian saya akan rasa pening dan mabuk," katanya.
Lingam berkata beliau tidak pergi ke pub. "Jika saya mahu minum, saya minum di rumah, jika saya menghadiri sesuatu majlis, saya tidak minum banyak," kata Lingam.
Lapor komen ini

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.