Lingam, Tan dan Mokhtar bercuti bersama
Peguam Datuk VK.Lingam hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja bahawa beliau pergi bercuti ke Sepanyol dengan ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent dan bekas Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, antara tahun 1995 dan 1996.
Beliau berkata ketiga-tiga mereka pergi bercuti ke negara itu bersama-sama keluarga mereka.
Kepada soalan wakil Badan Peguam Malaysia Robert Lazar, Lingam berkata dalam lawatan itu mereka turut mengunjungi Maghribi.

Selain Sepanyol, beliau turut dua kali mengadakan lawatan keagamaan ke India dengan Tan, demikian menurut laporan Bernama.
Semasa ditunjukkan sekeping gambar yang memaparkan kesemua mereka di Sepanyol, katanya: "Saya tidak berapa ingat mengenai gambar ini, saya rasa ia dirakamkan di Sepanyol."
Lingam menyifatkan Mohtar, yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 2003, sebagai seorang kawan tetapi bukan kawan rapat.
"Saya mengunjungi beliau sebanyak dua kali semasa Hari Raya semasa beliau menjadi Peguam Negara. Selain daripada majlis itu, saya tidak pernah makan malam secara peribadi dengan beliau," kata Lingam.
Katanya beliau mula berkawan baik dengan Mohtar pada akhir 1994 ketika kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat yang dianjurkan penduduk di Kelana Jaya bagi membincangkan soal meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perumahan mereka untuk mencegah kecurian.
Pada mesyuarat itu yang diadakan di rumah seorang jiran, Mohtar ketika itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, katanya.
Lingam juga menyifatkan Tan sebagai "kawan baik".
Beliau telah mengenali Tan sejak 1991 semasa beliau bekerja dengan syarikat Berjaya Group of Companies melakukan kerja-kerja litigasi, termasuk mendraf perjanjian, khidmat nasihat dan mengenai perkara-perkara korporat.
Kepada soalan sama ada beliau mendapat arahan daripada Tan dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (ketika itu pengarah eksekutif syarikat itu) dalam urusan kerjanya, Lingam berkata beliau jarang berjumpa dengan Tan.
Beliau pada kebanyakan masa berurusan dengan pengarah-pengarah eksekutif syarikat itu tetapi dalam perkara yang rumit, Tan akan memanggilnya untuk memberikan laporan, katanya.
Tengku Adnan kadangkala memanggilnya tetapi apa yang dilakukannya untuk Tengku Adnan adalah berkaitan urusan perundangan.
Beliau juga berkata bahawa sehingga 1999, beliau ada beberapa kali pergi bercuti dengan Tan.