Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki pandu bas dalam keadaan bahaya direman 4 hari
Diterbitkan:  Apr 21, 2026 10:23 AM
Dikemaskini: 2:23 AM

Seorang pemandu bas ekspres yang aksinya tular kerana memandu secara berbahaya baru-baru ini, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah pada jam 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku semasa bas ekspres itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke Johor Bahru, Johor.

Rakaman video berdurasi satu minit 20 saat yang memaparkan seorang pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan tidak selamat dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya tular di media sosial pada 16 April.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS