Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bestinet pertahan rekod prestasi, tegaskan Turap jadi pelengkap
Diterbitkan:  Apr 24, 2026 10:00 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Syarikat Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) tampil untuk mempertahankan rekod prestasinya ketika perhatian terhadap persoalan mengenai Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dikendalikannya dan Platform Lanjutan Pengambilan Pekerja Sejagat (Turap) terus menjadi perhatian.

Menurut syarikat itu, kritikan terhadap mereka oleh "tokoh awam tertentu" adalah palsu dan berdasarkan data terpilih yang diambil di luar konteks.

"Bantahan mereka bukanlah advokasi tadbir urus yang berprinsip. Ia adalah pembelaan ekosistem kewangan yang telah mendapat keuntungan selama beberapa dekad daripada eksploitasi pekerja migran yang terdedah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui firma guaman Lui & Bhullar malam tadi.

Pada masa sama Bestinet memberi amaran bahawa syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut.

Antara lain, Bestinet berkata setiap keputusan kerajaan mengenai FWCMS adalah hasil daripada pelbagai perundingan, penilaian dan semakan, dan sebarang dakwaan penyelewengan menjejaskan integriti pembuatan keputusan eksekutif Malaysia.

Tambah Bestinet, syarikat itu juga komited secara kontrak untuk memindahkan pemilikan penuh FWCMS kepada kerajaan setelah kontrak selesai.

Berkenaan Turap, Bestinet berkata, ia bertujuan untuk melengkapi sistem sedia ada dengan menangani potensi eksploitasi semasa pengambilan pekerja migran peringkat kampung di negara sumber.

Katanya, ia bukan untuk menggantikan sistem sedia ada seperti FWCMS, Sistem Pengurusan Bersepadu Imigresen Malaysia (MyIMMs), atau Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS