Agihan kerusi PKR-PAS-DAP hampir selesai
Rundingan pembahagian kerusi antara parti-parti pembangkang utama - PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang berjalan lancar dan dijangka selesai sepenuhnya tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ketika ini rundingan hanya membabitkan beberapa beberapa kawasan yang belum selesai.
"Rundingan sangat lancar dan saya yakin matlamat untuk meletakkan satu calon pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) akan tercapai.

"Perkembangan ini sangat berbeza dua bulan lalu di mana rundingan agak perlahan," katanya dalam sidang media mingguan di ibupejabat parti itu di ibu negara hari ini.
Beliau berkata, rundingan dengan DAP dan PAS adalah untuk memastikan pembangkang meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum akan datang.
Abdul Khalid juga menjelaskan, beliau tidak mahu menjawab dakwaan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahawa rundingan pembahagian kerusi antara PKR dan DAP perlahan.
'Saya buat kerja'
"Lim seorang ahli politik yang sangat senior, tetapi yang penting saya membuat kerja.
"Tetapi Lim memberi tekanan kepada kami (PKR) dan kepada orang DAP sendiri," katanya.
Sementera itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua yang hadir sama dalam sidang media tersebut, berkata PKR mengingatkan BN supaya tidak menggunakan isu perkauman dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Katanya, beliau meminta semua pihak, terutama BN dan juga pembangkang, supaya tidak menggunakan isu-isu yang berkait rapat dengan keganasan dan ketakutan di kalangan rakyat.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bertanggungjawab menyediakan padang yang sama rata untuk semua parti politik yang bertanding dalam pilihanraya umum nanti.
"Juga menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pengundi boleh memilih wakil mereka secara aman dan bebas dari sebarang campurtangan.
Elak isu perkauman
"Ini bermakna kerajaan perlu melindungi orang awam dari ancaman keganasan, termasuk oleh ahli parti sendiri," katanya.
Tian Chua berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun yang didakwa berkata, peristiwa berdarah 13 Mei mungkin berulang jika kerajaan tidak dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
Peristiwa 13 Mei merujuk kepada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku selepas pilihnaraya umum 1969 dan menjadi satu titik hitam dalam sejarah negara.
Ketua penerangan PKR itu berkata, kenyataan tersebut menunjukkan kerajaan yang ada hari ini tidak mampu untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya umum akan datang.
"Politik perkauman dan menanam perasaan benci tiada tempat dalam masyarakat moden yang bertamadun," katanya lagi.