Klip Lingam: Siasatan diadakan secara tertutup
Suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam memulakan sesi siasatannya pagii secara tertutup.
Wartawan dan orang ramai tidak dibenarkan mengikuti prosiding ketika suruhanjaya itu mendengar hujah dari para peguam yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam yang mewakili adik lelaki Datuk VK Linganm - Thirunama Karasu.
Mereka dijangka mendedahkan nama beberapa personaliti dan dakwaan pembabitan mereka berhubung pengaturan kes mahkamah.
Suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam memulakan sesi siasatannya pagi ini secara tertutup.
Wartawan dan orang ramai tidak dibenarkan mengikuti prosiding ketika suruhanjaya itu mendengar hujah peguam bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam adik lelaki Datuk VK Linganm - Thirunama Karasu.
Mereka dijangka mendedahkan nama beberapa personaliti dan dakwaan pembabitan mereka berhubung pengaturan kes mahkamah.
Prosiding itu dijangka dibuka semula kepada umum selepas suruhanjaya itu memutuskan bahagian-bahagian hujah peguam yang boleh diterima dan sama ada saksi-saksi akan dipanggil memberi keterangan.
Hari ini ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dijangka dipanggil memberi keterangan pada sebelah petang.

