Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bekalan minyak negara kekal terjamin, namun peningkatan harga global bahan api itu yang tidak dapat dielakkan terus memberikan tekanan kepada kewangan kerajaan, yang komited mengekalkan harga subsidi RON95 pada RM1.99 seliter demi melindungi majoriti rakyat.
Beliau berkata gangguan dan risiko terhadap laluan perdagangan antarabangsa akibat konflik di Asia Barat telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans meningkat, sekali gus memberikan kesan kepada harga minyak.
Namun, Perdana Menteri berkata Malaysia masih dapat menjamin bekalan minyak dan gas untuk kegunaan domestik melalui hubungan baik dengan Iran serta negara pengeluar lain, antaranya Rusia, Turkmenistan dan Uzbekistan.
"Jadi, itu (bahan api) ada (terjamin dari) segi supply, tetapi harga meningkat.
"Ini bukan masalah yang berpunca daripada kita, tetapi yang berlaku (faktor luaran). Sebab itulah, kita terpaksa berdepan dengan (cabaran) harga minyak," kata beliau pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, di Putrajaya hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan komited memastikan kenaikan harga minyak global tidak akan membebankan majoriti rakyat melalui pelaksanaan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), meskipun terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi.
Beliau berkata buat masa ini, kerajaan menanggung RM5 bilion sebulan untuk memberikan subsidi bahan api, berbanding dengan RM700 juta pada Januari ketika kerajaan memperkenalkan BUDI95.
“Malaysia masih bertahan RON95 (harga RM1.99 seliter), kalau harga melonjak tinggi, ia (subsidi) mungkin mencecah lebih RM6 bilion sebulan. Tetapi sekarang kira-kira RM5 bilion sebulan ditanggung kerajaan.
"Pada Januari masa saya umumkan subsidi RON95, kita tampung RM700 juta sebulan. Saya fikir okay sebab Malaysia pun bukan negara miskin,” kata beliau.
Perdana Menteri menggesa semua pihak memahami bahawa kenaikan harga minyak adalah realiti global dan bukan berpunca daripada kelemahan dasar domestik.
Paras harga minyak melonjak lebih ASD120 setong pada Khamis selepas Presiden Donald Trump memberikan amaran kepada Iran bahawa sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Selat Hormuz mungkin berlanjutan sehingga beberapa bulan.

- Bernama