Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kapal Iran dirampas AS diserah ke Pakistan untuk hantar balik - laporan

Sebuah kapal yang dipintas oleh Amerika Syarikat (AS) selepas cuba melanggar sekatan ke atas pelabuhan Iran telah diserahkan kepada Pakistan untuk penghantaran pulang ke Iran bersama kru kapal itu, menurut laporan media Amerika Syarikat pada Ahad, memetik Markas Pemerintahan Pusat AS (Centcom), lapor Anadolu Ajansi.

“Hari ini, pasukan AS telah menyelesaikan pemindahan 22 kru kapal M/V Touska ke Pakistan untuk penghantaran pulang,” kata jurucakap Centcom Kapten Tim Hawkins seperti dipetik penyiar ABC News.

Hawkins menambah enam lagi penumpang telah dipindahkan ke sebuah negara serantau untuk penghantaran pulang minggu lepas.

Media negara Iran melaporkan enam individu itu merupakan ahli keluarga kepada sebahagian kru kapal berkenaan.

Centcom tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan pengesahan. Pihak berkuasa Pakistan dan Iran juga belum mengesahkan laporan itu.

Pasukan tentera laut AS merampas kapal Touska pada 19 April di Teluk Oman selepas ia dilaporkan enggan mematuhi arahan sekatan.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS