Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zahid puji komitmen, pengorbanan anggota bomba

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atas komitmen, disiplin serta pengorbanan yang tidak pernah mengenal batas waktu.

Dalam perutusannya sempena Hari Bomba Sedunia hari ini, beliau berkata setiap detik kecemasan menuntut keberanian luar biasa, dan dalam saat genting itulah anggota bomba tampil ke hadapan tanpa ragu-ragu menggalas tanggungjawab demi melindungi nyawa serta harta benda rakyat.

“Bersempena dengan Hari Bomba Sedunia yang disambut hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga JBPM atas komitmen, disiplin serta pengorbanan mereka,” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mendoakan agar seluruh warga bomba terus diberi kekuatan, perlindungan dan kecekalan dalam melaksanakan amanah besar itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS