Jambatan kedua: Dr Koh digesa perjelas pertambahan kos
Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu memberi penjelasan mengenai kos baru semakan semula projek jambatan kedua Pulau Pinang serta memberi jaminan bahawa tol tidak akan dikenakan jika jambatan itu tidak boleh digunakan pada 1 Januari 2011.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Koh dilaporkan berkata kos pembinaan jambatan terpanjang di Asia itu - 24km, termasuk 17km melintasi laut - menyambungkan Pulau Pinang dengan Seberang Perai, akan melebihi anggaran asal RM3 bilion ekoran kenaikan harga bahan-bahan binaan.
"DAP terperanjat kerana sehingga ini, kos semakan semula projek tersebut yang lebih tinggi, masih belum diumumkan, tiga bulan seleaps kenyataan Koh tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika kita mengikuti angka rasmi kadar inflasi Barisan Nasional, iaitu 2 peratus pada 2007, maka perbezaan kos tambahannya hanyalah RM60 juta, terdasarkan kepada kos asal RM3 bilion," katanya.
Bagaimanapun, kata Lim, Koh (foto) memberi tanggapan ia bakal membabitkan jumlah tambahan beratus-ratus juta tinggi.
"Ketelusan dan kepentingan awam memerlukan Koh mendedahkan kos baru kerana akhirnya rakyat yang terpaksa membayar kos pembinaan jambatan tersebut melalui kutipan tol oleh dua syarikat yang memperolehi projek berkenaan - United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dan China Harbour Engineering Corporation (CHEC)," katanya.
Lindungi kepentingan rakyat
Menurut Lim, kos pembinaan yang tinggi akhirnya akan mengakibatkan kadar tol yang tinggi dikutip dari rakyat.
Sebagai Ketua Menteri, katanya, Koh mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kepentingan rakyat dengan memastikan kos serendah mungkin untuk membina jambatan kedua tersebut.
"Tidak perlu berulang lagi skandal Lebuhraya Utara Selatan (NSE) pada 1987 yang juga diserahkan kepada UEM.
"Walaupun terdapat tawaran tender yang terendah untuk $3.2 bilion, UEM telah dianugerahkan projek NSE dan kos untuk menyiapkannya meningkatkan kepada $6 bilion. Sebagai syarikat yang ada kaitan dengan Umno, UEM sentiasa mendapat layanan istimewa," dakwa Lim lagi.
Peningkatan kos, tegas Lim (foto), yang biasanya ditanggungjawab oleh kontraktor 'turnkey' akhirnya ditanggung oleh kerajaan.
"Rakyat Malaysia membayar beban kos yang tinggi itu dalam bentuk kadar tol yang tinggi dan tempoh konsesi dilanjutkan dari 30 tahun kepada 50 tahun. Kutipan tol yang sepatutnya ditamatkan pada 2018, dilanjutkan hingga 2038," katanya.
Pilihanraya umum
DAP juga, kata Lim, meragui jaminan yang diberikan oleh ketua pasukan petugas khas bagi pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, Tan Sri Zaini Omar bahawa ia boleh disiapkan pada 2010 dan beroperasi pada 1 Januari 2011.
"Akhbar Straits Times Singapura telah melaporkan pada 22 Januari lalu bahawa projek tersebut terlewat kerana wujud perbezaan antara CHEC dan UEM berhubung rekabentuk struktur jambatan itu serta saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan ini oleh DCX Technologies Sdn Bhd yang mendakwa cadangannya telah 'ditiru'," katanya.
Menurut Lim lagi, Zaini boleh berkata apa saja atau memberi jaminan seumpama itu sekarang kerana beliau mempunyai masa sehingga 1 Januari 2011 untuk membuktikan kebenarannya.
Katanya, rakyat akan terus meragui projek tersebut apatah lagi dengan wujudnya pertelagahan mengenai rekabentuknya serta kes saman di mahkamah.
Bagi memulihkan kepercayaan rakyat, Koh mesti memberi jaminan bahawa tol tidak akan dikutip sekiranya jambatan kedua Pulau Pinang itu tidak beroperasi pada 1 Januari 2001.
Jika Koh tidak boleh berbuat demikian, kata Lim, maka jaminan bahawa jambatan itu akan disiapkan mengikut jadual oleh kerajaan BN tiada maknanya dan hanya bertujuan untuk menyembunyi kelewatannya memandangkan pilihanraya umum dijangka diadakan pada Mac 2008.