Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilaporkan semakin hampir untuk memuktamadkan memo satu halaman bagi menamatkan peperangan antara kedua-dua negara, lapor Axios pada Rabu menurut Xinhua.
Perjanjian berpotensi itu akan melibatkan komitmen Iran terhadap moratorium pengayaan nuklear, manakala AS bersetuju untuk menarik balik sekatan, dengan kedua-dua pihak akan melonggarkan sekatan transit melalui Selat Hormuz, menurut laporan itu.
Tempoh moratorium pengayaan uranium berkenaan masih dalam rundingan, dengan jangkaan tempoh antara 12 hingga 15 tahun.
Menurut laporan itu lagi, Iran pada mulanya mencadangkan penangguhan selama lima tahun, manakala AS menuntut tempoh selama 20 tahun.
- Bernama-Xinhua
