Penyiar Amerika Syarikat (AS), Fox dan portal pekerjaan Indeed sedang mencari seorang peminat untuk menonton kesemua 104 perlawanan Piala Dunia bola sepak lelaki menerusi televisyen, dengan ganjaran AS$50,000 ditawarkan kepada peminat bertuah itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Iklan pekerjaan unik itu diterbitkan lima minggu sebelum kejohanan 48 pasukan itu bermula pada 11 Jun di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Kejohanan itu dijadual berakhir pada 19 Julai.
Fox pada Rabu memaklumkan peminat berkenaan akan menonton perlawanan dari “ruang tontonan khas yang dibina di tengah-tengah Times Square di New York City.”
Peminat itu dijangka menghasilkan kandungan media sosial sepanjang Piala Dunia, yang turut menyaksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan berlangsung serentak.
Peminat itu juga perlu menonton menerusi dua televisyen.
