Saya tidak minta Lingam beri surat tunjuk sebab, kata Ahmad Fairuz
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata beliau tidak mengarahkan peguam Datuk VK Lingam memberikan surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah atas dakwaan membuat kenyataan tidak benar dan menimbulkan skandal dalam badan kehakiman.
Ahmad Fairuz, bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam yang mewakili Badan Peguam Malaysia Yeo Yang Poh bahawa mungkin wujud
prima facie
bagi menghina mahkamah di pihak Lingam kerana beliau telah meletakkan reputasi badan kehakiman dalam keadaan yang amat buruk.
Lingam dipaparkan dalam rakaman klip video yang didakwa kononnya
mengaturkan pelantikan hakim-hakim.

Bagaimanapun, Ahmad Fairuz, yang bersara tahun lalu berkata, sukar untuk beliau mengarahkan Lingam berbuat demikian kerana perkara itu sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), demikian menurut laporan Bernama.
"Pada waktu itu, saya tidak tahu akan hasil penyiasatan itu an isi kandungan klip video itu tidak dibuktikan sama ada ia tulen atau
rekaan. Lagipun saya tidak dapat sahkan siapakah yang bercakap dalam klip ideo itu," kata Ahmad Fairuz, 66, yang menyambung keterangan dalam siasatan suruhanjaya diraja yang menyiasat kesahihan klip video tersebut.
Suruhanjaya lima anggota itu, yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor mengenai klip video kontroversi itu yang masuk hari ke-11 hari ini, antara lain, untuk menentukan kesahihan klip itu.
Ahmad Fairuz dirujuk dalam catatan transkrip klip video itu di mana
orang yang berbual di telefon yang dipaparkan dalam klip video itu
memberitahu orang yang duduk di atas sofa bahawa beliau (dirinya) bercakap dengan Ahmad Fairuz, yang ketika itu Hakim Besar Malaya.
Hakim mahkaman p'raya
Kepada soalan Yeo sama ada beliau kecewa apabila beliau mendengar kenyataan dalam klip video itu, yang dipertontonkan kepada beliau semalam, Ahmad Fairuz, saksi ke-14, berkata: "Ya, sudah pasti".
Merujuk kepada bahagian lain dalam transkrip itu..."Anda telah banyak menderita, banyak yang anda telah lakukan, anda tahu, bagi petisyen pilihanraya, Wee Choo Keong, segalanya. Betapa banyak, tiada siapa yang mampu buat semua itu.
Yeo bertanya kepada Ahmad Fairuz sama ada kenyataan itu menunjukkan orang dalam klip video itu sedang berbual dengan beliau, Ahmad Fairuz berkata: "Itulah inferensnya".
Semalam, Ahmad Fairuz berkata beliau adalah hakim mahkamah pilihanraya yang mendengar petisyen pilihanraya bagi kerusi Parlimen Bukit Bintang melibatkan peguam Wee Choo Keong.
Ahmad Fairuz turut menafikan dakwaan dalam klip video bahawa terdapat kem berbeza dalam badan kehakiman.
Kepada soalan peguam Khoo Guan Huat yang mewakili bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah sama ada beliau (Ahmad Fairuz) mungkin telah memberitahu Dzaiddin menjelang sambutan keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2002 bahawa Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mencadangkan beliau (Ahmad Fairuz) dianugerahkan gelaran "Tan
Sri".
Ahmad Fairuz berkata: "Saya tidak ingat. Saya hanya ingat memaklumkan kepada Dzaiddin bahawa saya dianugerahkan gelaran "Tan Sri".