Pelantikan hakim: Vincent Tan nafi pengaruhi Dr M
Ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan memberitahu siasatan suruhanjaya diraja hari ini bahawa beliau bukan dalam kedudukan untuk mempengaruhi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pelantikan hakim-hakim.
Beliau juga berkata, adalah sesuatu yang 'amat melucukan' bila dikatakan Dr Mahathir akan meminta nasihatnya berhubung pelantikan hakim-hakim seperti yang dinyatakan dalam klip video Datuk VK Lingam.
“Jika saya seorang yang amat berpengaruh, sudah tentu saya dapat banyak projek kerajaan, tetapi tidak," katanya.
Dalam klip video tersebut, Lingam didengar memberitahu orang lain dalam klip video itu bahawa beliau, Vincent dan Timbalan Menteri ketika itu, Datuk Tengku Adnan Mansur akan mengesyorkan kepada Dr Mahathir siapakah yang harus dilantik ke jawatan tinggi dalam badan kehakiman.
Kontek perbualan telefon tersebut menunjukkan bahawa orang yang bercakap dengan Lingam ialah Hakim Besar Malaya ketika itu, Tnn Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Bagaimanapun, dalam keterangannya semalam, Ahmad Fairuz yang bersara tahun lalu, menafikannya.

Vincent Tan juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang sahabat yang banyak memberi nasihat berhubung perniagaan.
'Kawan baik'
Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu seorang yang hebat dan baik serta suka menolong.
Ahli perniagaan itu berkata, beliau mengenali Dr Mahathir semasa beliau terlibat dalam perniagaan francais makanan segera McDonald's.
"Saya menemui Dr Mahathir pada awal tahun 80an semasa saya terlibat alam perniagaan francais. Dr Mahathir berminat dalam bidang itu. Dari itulah kami berkawan," katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya sama ada beliau menganggap Dr Mahathir sebagai rakan keluarga ang rapat, Tan berkata Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri untuk satu empoh yang lama, dan beliau tidak mahu menghebohkan bahawa beliau rapat dengan Dr Mahathir.
"Saya gembira apabila Dr Mahathir (dalam keterangannya dalam siasatan ini sebelum ini) menganggap saya sebagai kawan baiknya," katanya.
Siasatan itu diadakan antaranya bagi memastikan kesahihan satu klip
video yang kononnya melibatkan seorang peguam cuba mengatur pelantikan hakim.