Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas MP: Tiada tanah untuk hospital PJ, pusat data boleh pula?
Diterbitkan:  May 26, 2026 8:00 PM
Dikemaskini: 12:00 PM

bahawa kesukaran mengenal pasti “tanah sesuai” menjadi halangan kepada rancangan membina sebuah hospital awam bagi menampung koridor Petaling Jaya-Subang-Puchong.

Charles berkata penduduk di kawasan itu terus berdepan masalah hospital kerajaan sesak, janji temu tertangguh dan perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan akibat ketiadaan hospital awam khusus.

Dia berkata Selangor kini mempunyai 13 hospital awam namun tiada satu pun yang khusus berkhidmat untuk tiga kawasan itu, walaupun ia antara daerah paling padat dan terkaya di negara ini.

“Apabila hospital kerajaan sesak, janji temu tertangguh, atau berlaku kecemasan, ramai terpaksa pergi ke hospital di luar kawasan, atau mendapatkan rawatan swasta yang mahal,” katanya.

Charles turut merujuk jawapan Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyatakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilaporkan memiliki bank tanah seluas 4,821 ekar (1,951 hektar) di seluruh negeri, termasuk 240.94 ekar (97.5 hektar) di daerah Petaling sahaja.

Dia turut mempersoalkan apa yang dimaksudkan sebagai “tanah sesuai” untuk sebuah hospital, dengan menyenaraikan keperluan seperti akses air dan tenaga yang stabil, bebas risiko banjir, infrastruktur kukuh, mudah diakses, serta ruang untuk pembesaran pada masa depan.

Katanya, kriteria itu juga secara umumnya hampir sama dengan keperluan bagi pembangunan pusat data.

Menurut Charles, Selangor kini mempunyai 39 pusat data yang sedang beroperasi dan 13 lagi dalam pembinaan, selain menambah beberapa kampus berskala besar di negeri itu sudah melebihi 100 ekar (40.5 hektar).

“Sebagai perbandingan: sebuah hospital awam bandar utama mungkin hanya memerlukan 15 hingga 40 ekar (6 hingga 16 hektar). Isunya ‘tanah sesuai’, atau keutamaan negeri,” soalnya lagi.

Bekas ahli parlimen itu turut menolak kebimbangan berhubung penggunaan Akta Pengambilan Tanah, dengan berkata undang-undang itu wujud bagi memudahkan projek yang dianggap demi kepentingan awam, walaupun terdapat cabaran dalam pengambilan tanah bandar.

MB dikritik

Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dikritik selepas menjawab kebimbangan berhubung ketiadaan hospital kerajaan di beberapa kawasan pinggir bandar yang padat penduduk di negeri itu.

Amirudin berkata kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan masih mencari tanah sesuai bagi cadangan hospital awam di Petaling Jaya, selepas tapak yang dikenal pasti sebelum ini sama ada terlalu mahal atau terlalu jauh dari kawasan yang disasarkan.

Dia berkata tapak yang dicadangkan di Kota Damansara dianggap tidak sesuai kerana faktor jarak, manakala beberapa lot tanah lain yang disenarai pendek pula melibatkan kos pengambilan tanah yang tinggi.

Menurut Amirudin, Kementerian Kesihatan memerlukan sekurang-kurangnya dua hektar tanah untuk projek itu namun kos tanah yang tersedia akan meningkatkan keseluruhan kos pembangunan dua hingga tiga kali ganda berbanding membina hospital di tempat lain.

Walaupun penjelasan itu diberikan, ramai pengguna media sosial menuduh kerajaan negeri tersalah meletakkan keutamaan, dengan merujuk pembangunan seperti pusat data baru, lebuh raya yang dirancang dan projek komersial berskala besar di Petaling Jaya.

Sebagai makljum balas, Amirudin menegaskan keputusan pembiayaan terletak di tangan kerajaan persekutuan manakala peranan pentadbiran Selangor terhad kepada memudahkan urusan tanah dan mengenal pasti tapak sesuai bagi cadangan hospital itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS