Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun PH N Sembilan hadir pertemuan di kediaman rasmi MB

Beberapa kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban, hari ini.

Difahamkan kehadiran mereka kira-kira 9.30 pagi tadi bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Shahir Md Shah berkata setakat ini tiada sidang media diadakan berkenaan pertemuan itu.

Beliau turut memaklumkan Menteri Besar akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir esok, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS