Hindraf mahu berdialong dengan BN, pembangkang
Hindraf mahu berdialog dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembebasan lima orang pemimpinnya yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Salam Negeri (ISA).
Kelima-lima mereka - P Uthayakumar, M Manoharan, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember kerana terbabit menganjurkan perhimpunan haram pada 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.
Mereka kini sedang menjalani penahanan selama dua tahun tanpa dibicarakan di Kem Tahanan Kamunting, Perak.
Hindraf mahu berdialog dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembebasan lima orang pemimpinnya yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Salam Negeri (ISA).
Kelima-lima mereka - P Uthayakumar, M Manoharan, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember kerana terbabit menganjurkan perhimpunan haram pada 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.
Mereka kini sedang menjalani penahanan selama dua tahun tanpa dibicarakan di Kem Tahanan Kamunting, Perak.
Pengerusi Hindraf yang kini tinggal di luar negara, P Waythamoorthy berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pihak amat berminat untuk memulakan perbincangan segera dengan parti-parti politik dari kedua-dua belah pihak mengenai masa depan masyarakat India di Malaysia.
While maintaining its non-partisan stand, Hindraf warned that “it is now forced to advice Indian Malaysians on whom to vote in the upcoming general elections.”
Sambil menegaskan pendirian berkecuali Hindraf, beliau berkata, pergerakan itu "kini terpaksa memberi nasihat kepada masyarakat India di Malaysia mengenai siapa yang patut diundi dalam pilihanraya umum akan datang".
Pergerakan itu menggesa parti-parti pembangkang supaya menyatakan secara terbuka komitmen mereka untk memperjuang dan melaksanakan hak-hak masyarakat India sekiranya mereka dipilih meneraju kerajaan yang akan datang.
Bagaimanapun, Waythamoorthy menggesa masyarakat India "supaya jangan mengandaikan secara buta tuli bahawa mengundi pembangkang akan dapat menyelesaikan masalah-masalah penindasan, peminggiran serta penjajahan berterusan terhadap masyarakat India".
kaji 18 tuntutan
Hindraf mengulangi perlunya dikaji resolusi 18 perkara yang diserahkan kepada Perdana Menteri mengenai keperluan dan tuntutan masyarakat India.
Beberapa tuntutan utama berhubung dengan:
• Pengekalan status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
• Rombakan penuh Dasar Integrasi Nasional.
• Adakan semula kelas bahasa ibunda pelajar di sekolah kebangsaan.
• Memelihara tempat bersembahyang.
• Pelan tindakan afirmatif untuk masyarakat India.
“These points should be the paramount consideration in respect to the Indian needs,” it said.
"Semua tuntutan tersebut mesti menjadi pertimbangan utama berhubung dengan keperluan masyarakat India," katanya.
Dengan pilihanraya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, Hindraf menggesa semua parti-parti politik, di kedua belah pihak, supaya bersikap telus dan adil kepada calon-calon India dalam pengagihan kerusi negeri dan Parlimen.
Waythamoorthy yang memimpin Hindraf dari London, juga menggesa BN supaya menerima pergerakan tersebagai badan pendesak yang sah.
Hindraf menjadi tumpuan selepas perhimpunan 25 November yang menyaksikan kira-kira 30,000 orang membanjiri bandaraya kerana membantah layanan terhadap masyarakat India dan apa yang mereka dakwa diskriminasi berterusan oleh kerajaan Malaysia.
Hindraf juga memfailkan saman terhadap kerajaan British dan menuntut gantirugi AS$4 trilion untuk kira-kira dua juta kaum India yang nenek moyang mereka telah dibawa ke Malaya sebagai buruh pada sekitar 1800-an.
Perhimpunan pada 24 November lalu diadakan sebagai menyokong memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British, meminta peguam diraja dilantik untuk mewakili Hindraf dalam saman tersebut.
Hindraf dianggap telah berjaya membuka mata masyarakat India, sehingga menyebabkan 'rating' sokongan kepada Perdana Menteri menjunam sejak perhimpunan November tersebut.

