P'raya umum: Transformasi lwn reformasi
Pilihanraya umum ke-12 akan menyaksikan pertembungan antara kumpulan transformasi kerajaan dengan kumpulan reformasi pembangkang yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, kumpulan transformasi mengemukakan agenda politik pembangunan, termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi.
Manakala kumpulan reformasi, kata Abdul Rahim, memfokuskan kepada demonstrasi haram yang melahirkan budaya takut di kalangan rakyat.

Menurutnya, mereka melakukan demonstrasi haram dengan anggapan mereka akan dipilih dalam pilihanraya umum kelak.
Beliau berkata, transformasi diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, manakala Anwar (kanan) bersama pemimpin pembangkang lain memperjuangkan agenda reformasi.
"Rakyat akan membuat pilihan antara transformasi atau reformasi," kata bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua pemuda Umno Malaysia, dalam temubual dengan Malaysiakini , Selasa lalu.
'Agenda peribadi'
Abdul Rahim berkata, kehadiran Anwar tidak memberi kebaikan kepada pembangkang kerana mendakwa bekas timbalan perdana menteri itu mempunyai agenda peribadi.
Bagaimanapun, katanya, Anwar boleh mencuba tetapi partinya (PKR) sukar menarik sokongan pengundi sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok tahun lalu.
Dalam pilihanraya tersebut, calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN) K Parthiban.
"Anwar menubuhkan PKR dan mendakwa beliau seorang pemimpin tetapi apa jadi dengan parti itu?
"Orang Melayu akan menyokong PAS dan orang Cina akan mengundi DAP. Jadi ke mana PKR? Jawabnya jadi jadi parti atas angin," katanya sambil menambah Anwar mahu menjadi pendamai di kalangan parti-parti pembangkang.
Menurutnya, apa yang berlaku ialah Anwar dan parti-parti pembangkang saling digunakan antara satu sama lain.
Dapat sokongan rakyat
"Anwar nak guna mereka, mereka mahu guna Anwar," katanya.
Abdul Rahim berkata, pengaruh Anwar sudah tiada sepertimana yang berlaku dalam pilihanraya kecil DUN (DUN) Ijok yang lalu.
Dalam pilihanraya, katanya, isu besar boleh menjadi kecil dan begitu juga sebaliknya, dalam mendapatkan sokongan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, strategi menggunakan isu untuk menipu orang lain tidak berkesan di Malaysia.
Ini kerana, katanya rakyat melihat rekod sesebuah parti atau kerajaan sebeIum mereka membuat pilihan.