Adik bungsu peguam Datuk VK Lingam - V Rajendram - menegaskan bahawa abangnya, V Thirunama Karasu, adalah "seorang yang sihat dan waras".

Dalam temubual ekslusif dengan Malaysiakini samalam, Rajendram, 49, berkata dakwaan Lingam bahawa Thirunama gila 'telah membuat beliau tidak boleh berdiam diri lagi'.

"Sebab mengapa saya memberi kenyataan ini adalah untuk (menafikan), menolak sepenuhnya kenyataan, tuduhan, pembohongan VK Lingam mengenai Thirunama Karasu.

rajendram velupillai vk lingam brother interview 300108 sinister "Kedua-duanya - Lingam and Thirunama - adalah abang saya. Ia amat menyedihkan apabila saya terpaksa mengesahkan kebenarannya. Thirunama setahu saya, sehingga hari ini, sihat walafiat dan orangnya waras," katanya.

Mengenai dakwaan rasuah terhadap Lingam atau para hakim, Rajendram berkata, beliau mengetahui mengenainya berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Thirunama kepadanya.

Dalam kenyataannya, Rajendram mendedahkan butir-butir mengenai bagaimana Thirunama, sejak 1997, menceritakan kepadanya 'kerja-kerja suruhan' yang didakwa oleh Thirunama, dilakukannya bagi pihak Lingam dan dakwaan mengenai rasuah yang berlaku.

Beliau juga mendakwa, Lingam banyak kali berbohong kepadanya dan terbabit dalam beberapa ancaman yang diterimanya dari pelbagai individu.

Thirunama dijadual dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam, tetapi suruhanya menolak permohonan supaya Rajendram memberi keterangan sebagai 'saksi rahsia' Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di bawah adalah petikan temubual dengan Rajendram:

Bila pertamakali anda mendengar mengenai klip video tersebut?

Dari akhbar. Saya masih belum menggunakan Internet. Saya melihat video itu Disember lalu bersama Thirunama.

Bila suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan, adakah dari mula lagi anda bersedia untuk memberi keterangan?

Saya memutuskan (untuk berbuat demikian) pada 21 November (tahun lalu) pada hari abang saya itu secara terbuka mengatakan abang saya yang seorang lagi itu gila.

Atas inisiatif anda sendiri?

Tiada siapa yang menyuruh saya berbuat demikian. Saya bukan seorang peguam. Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya bukan ahli DAP. Saya bukan ahli (mana-mana parti) dalam Barisan Nasional. Saya bukan ahli MIC. Saya bukan ahli Keadilan. Tetapi bila perlu, demi menegakkan keadilan saya bersedia tampil (menjadi saksi). Bukan Keadilan datang pada saya. Jadi, saya fikir saya mahu (berbuat demikian untuk) menegakkan keadilan.

Bagaimanakah anda mengenali Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadi salah seorang 'saksi rahsia' beliau?

Mungkin para penasihat undang-undang saya [...] Jika saya memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja, saya perlu mendapatkan khidmat peguam. Saya tidak boleh menghadiri (siasatan) suruhanjaya diraja itu setiap hari. Isu ini, ok, saya saksi rahsia. Saya tidak kenal Anwar. Saya tidak pernah menemuinya. (Begitu juga) saya tidak pernah berjumpa Tun Mahathir (Mohamad). Mereka (PKR) dapat menghubungi saya. Mereka ini agresif.

Adakah anda tahu mengapa Lingam mengatakan bahawa Thirunama tidak waras?

thirunama  lingam interview 231107 closeup Saya pulang dari UK pada 24 Disember 1997. Saya dibawa oleh kakak saya, Kanakalashimi, ke Value Inn, sebuah hotel di Klang. Di hotel tersebut, semua anggota keluarga saya (ada di situ), termasuk bekas pengerusi mahkamah perindustrian **** (nama diberikan).

Mereka terperanjat apabila melihat saya muncul di hotel tersebut. Saya memberitahu mereka yang hadir "Jangan apa-apakan, menindas atau mengerjakan Thirunama" dan beredar dari situ. Kemudian, Thirunama beritahu saya bahawa mereka memaksanya menandatangan satu surat akuan sumpah dan pesuruhjaya sumpah sedang dalam perjalanan. Saya berkata kepadanya, "Jangan tandatangani apa-apa dan pergilah dari situ".

Semua perkara yang dikatakannya dalam laporan polis itu, beliau telah beritahu saya. Malah, dia beritahu saya 'lihat dokumen-dokumen ini' tetapi saya enggan melihatnya. Saya tidak mahu melihatnya. Jika saya melihatnya, saya akan terpaksa buat aduan atau saya sendiri akan berdepan dengan anggota keluarga saya berhubung perkara tersebut.

Mengapa anda memilih untuk tampil sekarang?

Saya tampil sekarang kerana setiap orang menyerang Thirunama. Saya tidak peduli anda siapa [...] anda tidak boleh melakukannya terhadap seorang insan lain.

Anda telah lihat video tersebut?

Ya. Pada bulan Disember (tahun lalu) bersama Karasu.

Jadi, anda telah melihat video 14 minit itu?

Ya.

Bagaimana yang video terbaru?

Tidak.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 02 Anda kata Lingam telah berbohong kepada suruhanjaya itu mengenai kesihatan mental Thirunama?

Semua yang mengenai Tun dan Tan Sri dan Dato Seri, saya rasa dia mahu menyelamatkan dirinya. Mudah saja. Anda buat beratus juta, mereka akan datang dan menjabat tangan anda. Mereka pun mahu bahagian mereka. Mereka akan mengguna dan memperalatkan anda. Sekarang mereka tak tahu anda, lah. Tak tahu. I tak tahu. Dia mabuk. India mabuk. Ya lah.

Maksud anda bukan Dato Lingam seorang sahaja yang berbohong?

Gunalah imaginasi anda. Anda semua terpelajar. Anda baca ‘Animal Farm’ (buku tulisan George Orwell). Anda baca semua buku-buku ini. Saya pasti anda ada guru-guru yang baik. Satu orang, Lingam - hanya seorang peguamcara dan peguambela. Dia menandatangani penghakiman, nampak?Adakah dia menandatangani penghakiman? Siapa yang membuat penghakiman? Lihat apa jadi kepada kes (wartawan) MGG Pillai?

Boleh ceritakan pertemuan dengan Datuk Mohd Shafee Abdullah di rumahnya.

Saya diberitahu yang (Shafee) mahu memberi saya kerja dan saya mempercayainya. Saya terperanjat apabila Shafee bercakap tentang Vincent Tan. Beliau menyebut banyak nama mereka yang dihormati seperti (peguam kanan) Raja Aziz Addruse, (bekas hakim) KC Vohrah dan semua itu. Beliau berkata orang-orang ini berminat, mereka mahu jumpa. Beliau menyebut tentang rasuah, tapi saya tidak tahu apa-apa. Malah, saya sebut nama orang-orang lain. Bagaimana dengan (bekas hakim) Shankar Mahadev (sic), (bekas Ketua Hakim) Tun Suffian (Hashim). Beliau (Shafee) hanya diam. Kemudian saya tanya mengapa bukan (pengerusi DAP) Karpal Singh dan berkata ‘jangan, jangan, jangan, Karpal Singh, (pemimpin DAP) Lim Kit Siang akan memperbesar-besarkan isu itu'. (Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dilihat sesuai untuk) memastikan kebenarannya.

Saya juga menemui (abang saya) Datuk Sivaparanjothi dan memberitahu beliau mengenainya. Beliau beritahu saya, jika saya berbuat demikian kepada orang berkedudukan tinggi, mereka akan habiskan Thirunama dan saya juga.

Jadi Thirunama hanya beritahu anda seorang sahaja ?

Tiada siapa dalam keluarganya yang tampil melindunginya. Anda semua abang dan kakak, tetapi ada perkara-perkara tertentu, yang saya tidak akan biarkan. Tentulah, jika dia berjumpa dengan Shafee atau Tommy Thomas, (itu) saya tak tahu.

Apakah Shafee tidak sukakan Lingam atau orang lain?

Pertamakali saya bertemu dengan beliau, saya terus pergi ke gerai bersama Karasu, makan. Saya beritahu Karasu, ‘Shafee menggunakan kamu. Dia mahu menjadi AG (Peguam Negara)'. Ia terkeluar dari mulut saya. Ia kemudiannya ternyata benar. Shafee bersaing untuk jawatan AG. Ini bukan sesuatu yang saya sengaja reka. Ianya penilaian saya mengenainya. Saya tidak percayakannya. Saya tahu ada tujuan tertentu, tetapi saya tidak tahu.

Apakah mereka cuba memanipulasikan Thirunama?

Tentulah. Dia seorang yang lurus. Abang saya itu. Jika seseorang memberitahu ini dan itu, dia mempercayainya.

Apakah Shafee tidak sukakan Lingam atau orang lain?

Pertamakali saya bertemu dengan beliau, saya terus pergi ke gerai bersama Karasu, makan. Saya beritahu Karasu, ‘Shafee menggunakan kamu. Dia mahu menjadi AG (Peguam Negara)'. Ia terkeluar dari mulut saya. Ia kemudiannya ternyata benar. Shafee bersaing untuk jawatan AG. Ini bukan sesuatu yang saya sengaja reka. Ianya penilaian saya mengenainya. Saya tidak percayakannya. Saya tahu ada tujuan tertentu, tetapi saya tidak tahu.

Apakah mereka cuba memanipulasikan Thirunama?

Tentulah. Dia seorang yang lurus. Abang saya itu. Jika seseorang memberitahu ini dan itu, dia mempercayainya.

Adakah anda mempercayai apa yang Thirunama beritahu anda? Ada anda bersedia berbuat sesuatu mengenainya?

Saya mempercayainya. Dia amat jelas mengenainya.

Adakah anda berbuat sesuatu selepas mengetahui yang Thirunama berpura-pura gila di wad mental?

Apa yang anda mahu saya buat? Buat laporan polis? Dengan apa yang berlaku, apa yang anda mahu saya buat? Kita ada orang yang berkedudukan tinggi. Perjuangan satu seorang saja - saya buat laporan polis, apa yang saya boleh buat? Jika Karpal Singh tidak mahu membawa perkara ini ke atas [...] abang saya pergi dan berjumlah ramai orang. Satu-satu orang yang meneruskan perkara itu, setahu saya, adalah MGG Pillai. Saya bukan seorang yang penakut, tetapi ada had-had ke mana anda hendak pergi dan di mana anda akan berakhir. Apa yang anda mahu saya buat, melawan sistem kerajaan ini?

Apakah anda bimbangkan implikasinya jika ada berbuat sesuatu?

Kedua-dua kami akan 'dimakan'. Dia telahpun dimasukkan ke hospital gila. Jika saya buat laporan polis, apa yang akan berlaku kepada saya? Mungkin saya yang akan kena seterusnya.

patrick keith book get together 051005 mgg pillai Adakah anda kenal mendiang MGG Pillai dan berbincang dengannya mengenai rasuah yang didakwa membabitkan abang anda dalam badan kehakiman?

Ya, Thirunama memperkenalkannya kepada saya. Saya rasa saya berjumpa dengannya pada 1999 dan 1998. Dia tidak peduli siapa atau apa, dia akan tulis yang benar. Walaupun jika dia kenal saya selama lima tahun atau saya seorang penyangak, dia akan tulis. (Bila kami bercakap) saya menyedari kedudukannya, ianya benar. Saya tidak lihat dokmen-dokumen yang Thirunama mahu tunjukkan kepada saya. Mungkin juga kerana saya rasa malu untuk melihatnya. Saya menjadi rapat dengan MGG Pillai, jadi banyak perkara yang dia dedahkan kepada saya.

Pernahkah anda bertemu dengan Vincent Tan?

Ya. Saya pernah bekerja dengannya pada 1978. Selepas itu, saya tidak pernah lagi bertemu dengannya. Saya masuk ke AIA. Saya tahu dia kawan abang saya. Saya tidak dapat kerja melalui abang saya. Saya diambil bekerja sebagai 'underwriter' insurans. Ada agensi seperti Ramasamy, Rashid... Vincent Tan adalah satu nama yang biasa didengar, jadi saya bekerja di bawah Vincent Tan. Kami pernah berbual, itu saja.

Anda tidak pernah bertemu dengannya selepas itu? Di majlis sosial atau lain-lain?

Tidak pernah

Apakah peranan kakak anda Kanakalashimi dalam hal ini? Dia yang mengatur perjumpaan dan dia juga ada dalam gambar dengan Loh Mui Fah dan Lingam yang ditunjukkan pada suruhanjaya diraja?

Saya tidak lihat gambar tersebut. Saya sendiripun tidak berminat dengan semua ini. Malah (Tun) Eusoff Chin, saya tidak terkenal langsung. saya rasa saya hadiri majlis pengkebumiaan Tun Suffian dan saya tidak kenal Eusoff sehinggalah seseorang menunjukkannya 'ini kawan baik abang anda'. Hanya selepas itu saya tahu dia adalah (Tun) Eusoff Chin.

Adakah anda masih bertemu dengan Karasu dan Lingam?

Saya masih bercakap dengan abang saya. Dia adalah abang saya. Bercakap maksudnya, kami berjumpa. Saya masih menjabat tangannya dan kata hello.

Masih pergi ke rumahnya?

Tidak .

Nama ‘Francis Kok’ disebut dalam laporan polis. Mengapa dia memukul anda?

Hanya saya seorang sahaja. Dia pergi berjumpa semua anggota keluar saya. Dia tahu saya rapat dengan Thirunama. Mereka semua tahu. Mungkin mereka mahu laporan jenayah terhadap saya.

Bagaimana insiden itu berlaku?

Dia mendapat tahu Thirunama telah membuat laporan polis. Saya seorang sahaja yang berjumpa dengannya. Bila Thirunama buat laporan polis, saya tidak tahu. Dua minggu kemudiannya, dia (Thirunama) datang ke tempat kerja saya. Dia panggil saya dengan Sivan. Dia berkata, ‘Sivan, Sivan, saya telah buat laporan polis. Katanya, 'nama kamu ada di sana'. OK.

Saya kata, ‘Ok, lah, kamu telah buat laporan polis. Kita tunggulah apakah yang akan terjadi. ’ Jadi orang ini (Francis), mereka kelamkabut kerana nama mereka disebut. Jadi dia datang berjumpa saya. Kemudian saya kata, kamu semua telah menyusahkannya.

Jadi, orang ini mula melekatkan notis di pintu rumah saya. Dia menghantar SMS kesat kepada saya. dan pada Hari Wisak, gangster memanggil saya. Saya bangun untuk pergi ke Brickfields. Saya dengar orang bercakap dengan saya dalam bahasa Melayu, mereka sebenarnya budak-budak India bercakap dengan perkataan kesat. Saya tanya, 'siapakah kamu semua?’ Mereka kata IPK (Ibu Pejabat Polis). Saya kata, 'ini alamat saya. Datanglah sekarang'.

Mereka kata dari IPK, jadi adakah mereka anggota polis yang mengganggu anda?

Bukanlah. Pegawai polis mana yang hendak mengganggu saya? Apa jenayah yang saya lakukan? Semua adalah ugutan.

Bilakah kali terakhir anda bercakap dengan Lingam?

Bulan Mei tahun lalu. Dia datang berjumpa saya selepas semua laporan dibuat. Saya tidak mahu berjumpa dengannya. Saya sudah bosan dengan semua ini.

Adakah dia pernah menawarkan duit supaya anda berdiam diri mengenainya atau isu-isu lain?

Tidak. Dia kenal siapa saya.

Jadi mengapa anda mengesyaki Lingam yang menghantar gangster tersebut?

Orang ini, (Francis) hantar satu mesej kepasda saya, abang kamu beritahu saya ini dan itu dan mengeluarkan perkataan kesat. Sudah tentulah, dia hanya mahu cakap besar... Mengapa mereka berbuat demikian, saya juga marah. Kadang-kadang saya terfikir juga untuk berdepan dengan mereka. Tetapi saya adalah yang bungsu dan jika saya pergi dan menjerit-jerit or bertindak ganas atau menampar mereka, mereka mungkin memberitahu semua orang yang saya seorang yang ganas.

rajendram velupillai vk lingam brother interview 300108 mouth Adakah anda pernah bertanya Lingam mengapa dia menghantar gangster?

Mereka tahu apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Apa yang hendak ditanyakan? Mengapa hantar orang mengganggu adik anda sendiri? Saya juga bertanya-tanya mengapa.

Bagaimanakah hubungan dalam keluarga anda sekarang?

Ia mestinya tegang.

Selain anda, siapa lagi antara anggota keluarga anda yang rapat dengan Thirunama dan bersimpati terhadapnya?

Tiada seorangpun. Berita asal