Adik bungsu peguam Datuk VK Lingam - V Rajendram - menegaskan bahawa abangnya, V Thirunama Karasu, adalah "seorang yang sihat dan waras".

Dalam temubual ekslusif dengan Malaysiakini samalam, Rajendram, 49, berkata dakwaan Lingam bahawa Thirunama gila 'telah membuat beliau tidak boleh berdiam diri lagi'.

"Sebab mengapa saya memberi kenyataan ini adalah untuk (menafikan), menolak sepenuhnya kenyataan, tuduhan, pembohongan VK Lingam mengenai Thirunama Karasu.

rajendram velupillai vk lingam brother interview 300108 sinister "Kedua-duanya - Lingam and Thirunama - adalah abang saya. Ia amat menyedihkan apabila saya terpaksa mengesahkan kebenarannya. Thirunama setahu saya, sehingga hari ini, sihat walafiat dan orangnya waras," katanya.

Mengenai dakwaan rasuah terhadap Lingam atau para hakim, Rajendram berkata, beliau mengetahui mengenainya berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Thirunama kepadanya.

Dalam kenyataannya, Rajendram mendedahkan butir-butir mengenai bagaimana Thirunama, sejak 1997, menceritakan kepadanya 'kerja-kerja suruhan' yang didakwa oleh Thirunama, dilakukannya bagi pihak Lingam dan dakwaan mengenai rasuah yang berlaku.

Beliau juga mendakwa, Lingam banyak kali berbohong kepadanya dan terbabit dalam beberapa ancaman yang diterimanya dari pelbagai individu.

Thirunama dijadual dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam, tetapi suruhanya menolak permohonan supaya Rajendram memberi keterangan sebagai 'saksi rahsia' Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di bawah adalah petikan temubual dengan Rajendram:

Bila pertamakali anda mendengar mengenai klip video tersebut?

Dari akhbar. Saya masih belum menggunakan Internet. Saya melihat video itu Disember lalu bersama Thirunama.

Bila suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan, adakah dari mula lagi anda bersedia untuk memberi keterangan?

Saya memutuskan (untuk berbuat demikian) pada 21 November (tahun lalu) pada hari abang saya itu secara terbuka mengatakan abang saya yang seorang lagi itu gila.

Atas inisiatif anda sendiri?

Tiada siapa yang menyuruh saya berbuat demikian. Saya bukan seorang peguam. Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Saya bukan ahli DAP. Saya bukan ahli (mana-mana parti) dalam Barisan Nasional. Saya bukan ahli MIC. Saya bukan ahli Keadilan. Tetapi bila perlu, demi menegakkan keadilan saya bersedia tampil (menjadi saksi). Bukan Keadilan datang pada saya. Jadi, saya fikir saya mahu (berbuat demikian untuk) menegakkan keadilan.

Bagaimanakah anda mengenali Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadi salah seorang 'saksi rahsia' beliau?

Mungkin para penasihat undang-undang saya [...] Jika saya memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja, saya perlu mendapatkan khidmat peguam. Saya tidak boleh menghadiri (siasatan) suruhanjaya diraja itu setiap hari. Isu ini, ok, saya saksi rahsia. Saya tidak kenal Anwar. Saya tidak pernah menemuinya. (Begitu juga) saya tidak pernah berjumpa Tun Mahathir (Mohamad). Mereka (PKR) dapat menghubungi saya. Mereka ini agresif.

Adakah anda tahu mengapa Lingam mengatakan bahawa Thirunama tidak waras?

thirunama  lingam interview 231107 closeup Saya pulang dari UK pada 24 Disember 1997. Saya dibawa oleh kakak saya, Kanakalashimi, ke Value Inn, sebuah hotel di Klang. Di hotel tersebut, semua anggota keluarga saya (ada di situ), termasuk bekas pengerusi mahkamah perindustrian **** (nama diberikan).

Mereka terperanjat apabila melihat saya muncul di hotel tersebut. Saya memberitahu mereka yang hadir "Jangan apa-apakan, menindas atau mengerjakan Thirunama" dan beredar dari situ. Kemudian, Thirunama beritahu saya bahawa mereka memaksanya menandatangan satu surat akuan sumpah dan pesuruhjaya sumpah sedang dalam perjalanan. Saya berkata kepadanya, "Jangan tandatangani apa-apa dan pergilah dari situ".

Semua perkara yang dikatakannya dalam laporan polis itu, beliau telah beritahu saya. Malah, dia beritahu saya 'lihat dokumen-dokumen ini' tetapi saya enggan melihatnya. Saya tidak mahu melihatnya. Jika saya melihatnya, saya akan terpaksa buat aduan atau saya sendiri akan berdepan dengan anggota keluarga saya berhubung perkara tersebut.

Mengapa anda memilih untuk tampil sekarang?

Saya tampil sekarang kerana setiap orang menyerang Thirunama. Saya tidak peduli anda siapa [...] anda tidak boleh melakukannya terhadap seorang insan lain.

Anda telah lihat video tersebut?

Ya. Pada bulan Disember (tahun lalu) bersama Karasu.

Jadi, anda telah melihat video 14 minit itu?

Ya.

Bagaimana yang video terbaru?

Tidak.

lingam tape hearing 300108 vk lingam 02 Anda kata Lingam telah berbohong kepada suruhanjaya itu mengenai kesihatan mental Thirunama?

Semua yang mengenai Tun dan Tan Sri dan Dato Seri, saya rasa dia mahu menyelamatkan dirinya. Mudah saja. Anda buat beratus juta, mereka akan datang dan menjabat tangan anda. Mereka pun mahu bahagian mereka. Mereka akan mengguna dan memperalatkan anda. Sekarang mereka tak tahu anda, lah. Tak tahu. I tak tahu. Dia mabuk. India mabuk. Ya lah.

Maksud anda bukan Dato Lingam seorang sahaja yang berbohong?

Gunalah imaginasi anda. Anda semua terpelajar. Anda baca ‘Animal Farm’ (buku tulisan George Orwell). Anda baca semua buku-buku ini. Saya pasti anda ada guru-guru yang baik. Satu orang, Lingam - hanya seorang peguamcara dan peguambela. Dia menandatangani penghakiman, nampak?Adakah dia menandatangani penghakiman? Siapa yang membuat penghakiman? Lihat apa jadi kepada kes (wartawan) MGG Pillai?

Boleh ceritakan pertemuan dengan Datuk Mohd Shafee Abdullah di rumahnya.

Saya diberitahu yang (Shafee) mahu memberi saya kerja dan saya mempercayainya. Saya terperanjat apabila Shafee bercakap tentang Vincent Tan. Beliau menyebut banyak nama mereka yang dihormati seperti (peguam kanan) Raja Aziz Addruse, (bekas hakim) KC Vohrah dan semua itu. Beliau berkata orang-orang ini berminat, mereka mahu jumpa. Beliau menyebut tentang rasuah, tapi saya tidak tahu apa-apa. Malah, saya sebut nama orang-orang lain. Bagaimana dengan (bekas hakim) Shankar Mahadev (sic), (bekas Ketua Hakim) Tun Suffian (Hashim). Beliau (Shafee) hanya diam. Kemudian saya tanya mengapa bukan (pengerusi DAP) Karpal Singh dan berkata ‘jangan, jangan, jangan, Karpal Singh, (pemimpin DAP) Lim Kit Siang akan memperbesar-besarkan isu itu'. (Saya sebut nama-nama itu kerana mereka dilihat sesuai untuk) memastikan kebenarannya.

Saya juga menemui (abang saya) Datuk Sivaparanjothi dan memberitahu beliau mengenainya. Beliau beritahu saya, jika saya berbuat demikian kepada orang berkedudukan tinggi, mereka akan habiskan Thirunama dan saya juga.

Jadi Thirunama hanya beritahu anda seorang sahaja ?

Tiada siapa dalam keluarganya yang tampil melindunginya. Anda semua abang dan kakak, tetapi ada perkara-perkara tertentu, yang saya tidak akan biarkan. Tentulah, jika dia berjumpa dengan Shafee atau Tommy Thomas, (itu) saya tak tahu.

Apakah Shafee tidak suka Lingam atau orang lain?

Pertamakali saya bertemu beliau, saya terus ke gerai bersama Karasu, makan. Saya beritahu Karasu, ‘Shafee menggunakan kamu. Dia mahu menjadi AG (Peguam Negara)'. Ia terkeluar dari mulut saya. Ini bukan sesuatu yang saya reka. Ia adalah penilaian saya tentang dirinya. Saya tidak percaya kepadanya. Saya tahu dia ada tujuan tertentu, tetapi saya tidak tahu.

Apakah mereka memanipulasi Thirunama?

Tentulah. Beliau seorang yang lurus. Abang saya itu. Jika seseorang memberitahunya ini dan itu, dia akan mempercayainya.

Adakah anda percaya apa yang Thirunama beritahu anda? Adakah anda bersedia untuk berbuat sesuatu mengenianya?

Saya mempercayainya. Beliau amat jelas mengenainya.

Lagi