Berikut disenaraikan perkara utama daripada memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Amerika Syarikat(AS) dan Iran untuk menamatkan perang di Asia Barat, yang teksnya didedahkan kepada umum oleh Washington dan Teheran:
Penamatan kekal permusuhan - AS , Iran dan sekutu masing-masing "mengisytiharkan penamatan segera dan berkekalan operasi ketenteraan di semua barisan hadapan, termasuk di Lebanon."
Kedua-dua pihak juga berjanji tidak akan melancarkan serangan atau ancaman baharu antara satu sama lain, selain menghormati kedaulatan Lubnan
Perjanjian muktamad dalam tempoh 60 hari - Iran dan AS komited untuk "berunding dan mencapai perjanjian muktamad dalam tempoh maksimum 60 hari, yang boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama."

AS tamatkan sekatan laut - AS akan mula menarik balik sekatan ke atas pelabuhan Iran "serta-merta", yang dikenakan pada 13 April, dan akan menyelesaikannya dalam tempoh 30 hari.
Mereka juga berjanji untuk "mengundurkan tenteranya dari kawasan berhampiran Republik Islam Iran dalam tempoh 30 hari selepas perjanjian muktamad."
Pembukaan semula Selat Hormuz - Iran akan memastikan laluan kapal komersial melalui Selat Hormuz dibuka semula tanpa sebarang caj atau bayaran.
Pelan pembangunan AS$300 bilion - AS dan rakan serantaunya akan merangka pelan dengan "sekurang-kurangnya" AS$300 bilion "untuk pembinaan semula dan pembangunan ekonomi" Iran.

Penamatan sekatan ekonomi - AS akan "menamatkan semua jenis sekatan terhadap" Iran, dan "menyediakan sepenuhnya untuk kegunaan dana dan aset Republik Islam Iran yang dibekukan atau disekat selepas pelaksanaan memorandum persefahaman ini."
Jabatan Kewangan AS akan "mengeluarkan pengecualian untuk eksport minyak mentah Iran, produk petroleum dan terbitannya, serta semua perkhidmatan berkaitan, termasuk transaksi perbankan, insurans, (dan) pengangkutan" berkuat kuasa serta-merta, sehingga sekatan ditarik balik.
Tiada senjata nuklear - Iran bersetuju tidak akan memperoleh atau membangunkan senjata nuklear.
Sebagai balasan, pelonggaran sekatan akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan tahap pematuhan Tehran terhadap komitmen tersebut.
"Pelupusan uranium diperkaya Teheran akan diselesaikan melalui "mekanisme yang akan dipersetujui bersama... dengan metodologi minimum adalah pencairan di tapak di bawah pengawasan IAEA."
Sementara menunggu perjanjian muktamad, Iran akan "mengekalkan status quo semasa program nuklearnya", dan AS "tidak akan mengenakan sebarang sekatan baharu, dan tidak akan menempatkan tentera tambahan di rantau ini."
Tandatangan -Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, yang terlibat dalam perantaraan itu, berkata memorandum tersebut ditandatangani secara elektronik pada hari Khamis, waktu Islamabad, oleh Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Iran Masoud Pezeshkian.
Satu majlis akan diadakan di Switzerland pada hari Jumaat untuk "memperingati peristiwa bersejarah ini dan memulakan rundingan di peringkat teknikal", menurut Sharif.

Resolusi PBB - Perjanijan muktamad akan disahkan melalui resolusi mengikat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Langkah itu bertujuan memberikan jaminan undang-undang antarabangsa terhadap pelaksanaan perjanjian berkenaan
