Annuar Musa liabiliti pada Umno K'tan
Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa mengakui bahawa ada sesetengah pihak ang mendakwa beliau menjadi liabiliti kepada Umno Kelantan.
Malah beberapa pemimpin Umno di Kelantan sendiri mendakwa, Umno sukar hendak menang di negeri itu kerana faktor Annuar kerana beliau ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.
"Jika orang kata saya menjadi liabiliti kepada Umno Kelantan, saya menerimanya, tetapi semua orang politik adalah liabiliti," katanya ketika ditemui di ibunegara Ahad lalu.
Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa mengakui bahawa ada sesetengah pihak yang mendakwa beliau menjadi liabiliti kepada Umno Kelantan.
Malah beberapa pemimpin Umno di Kelantan sendiri mendakwa, Umno sukar hendak menang di negeri itu kerana faktor Annuar kerana beliau ditolak oleh rakyat Kelantan sendiri.
"Jika orang kata saya menjadi liabiliti kepada Umno Kelantan, saya menerimanya, tetapi semua orang politik adalah liabiliti," katanya ketika ditemui di ibunegara Ahad lalu.
"Pada 2004 orang kata saya liabiliti tetapi saya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas dengan majoriti 2,846 undi, iaitu undi terbanyak di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan.
"Orang, terutama pembangkang, akan terus bercakap mengenai dirinya selagi beliau menjadi orang politik, tetapi saya terus membuat kerja," katanya lagi.
Annuar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata penerimaan rakyat Kelantan terhadap dirinya telah berubah berbanding ketika mula-mula negeri itu jatuh ke tangan PAS 17 tahun lalu.
"Pada 1991, apabila masuk Stadium Sultan Mohd ke IV di Kota Bharu saya kena sorak, tetapi kini sudah ok.
Siapa yang bersih?
"Dulu saya masuk kedai kopi, orang keluar, tetapi kini orang hendak bayar minuman saya," katanya lagi.
Annuar juga berkata, beliau tidak penting tetapi sebaliknya Umno yang penting kerana tanpa Umno pemimpin yang hebat tidak akan menjadi hebat.
Menurutnya, beliau sudah lama dalam politik dan kini berada pada peringkat penghujungnya.
Beliau berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim hebat semasa dalam Umno, tetapi bertanya apakah yang berlaku ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.
"Tun Dr Mahathir (Mohamad) pernah menggugurkan saya dari jawatan politik walaupun saya pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Kemajuan Luar Bandar di zamannya," katanya lagi.
Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan mengenai pemimpin politik yang bersih, Annuar bertanya, siapakah pemimpin politik yang bersih itu?
"Siapa bersih? Adakah Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), Nik Aziz (Nik Mat), Anwar Ibrahim, Datuk Husam Musa, Datuk Seri S Samy Vellu?
"Pada kaca mata Umno, Nik Aziz pun tidak bersih, " tambahnya.

