S'jaya panggil tahanan ISA dan bekas setiausaha Lingam
Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri - peguam M Manoharan - adalah antara empat saksi baru yang akan dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.
Pengerusi suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohd Noor mengesahkan di akhir prosiding hari ini bahawa mereka akan memberi keterangan apabila siasatan disambung semula selepas sambutan Tahun Baru Cina Selasa depan.
Selain Manoharan, suruhanjaya itu juga memanggil peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan bekas orang dua pekerja peguam Datuk VK Lingam - bekas setiausahanya, Jeyanthi dan bekas pemandunya, Chandran.
Manoharan, penasihat undang-undang Hindraf ditahan bersama empat lagi pemimpin pergerakan itu pada 13 Disember tahun lalu. Mereka kini ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting, Taiping, Perak
Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri - peguam M Manoharan - adalah antara empat saksi baru yang akan dipanggil memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.
Pengerusi suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohd Noor mengesahkan di akhir prosiding hari ini bahawa mereka akan memberi keterangan apabila siasatan disambung semula selepas sambutan Tahun Baru Cina Selasa depan.
Selain Manoharan, suruhanjaya itu juga memanggil peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan bekas orang dua pekerja peguam Datuk VK Lingam - bekas setiausahanya, Jeyanthi dan bekas pemandunya, Chandran.
Manoharan, penasihat undang-undang Hindraf ditahan bersama empat lagi pemimpin pergerakan itu pada 13 Disember tahun lalu. Mereka kini ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting, Taiping, Perak.
Haidar tidak tahu bahawa Manoharan, yang juga seorang pemimpin DAP, kini dalam tahanan. Beliau bertanya peguam Karpal Singh sama ada pelanggannya (Manoharan) boleh hadir Selasa depan.
"Pelanggan saya ditahan di bawah ISA," kata Karpal kepada Haidar, tetapi menambah, menteri keselamatan dalam negeri yang mengarahkan penahanan tersebut, mempunyai budibicara untuk membenarkan Manoharan dibawa memberi keterangan.
Karpal yang pernah ditahan di bawah ISA berkata: "Ketika ditahan di bawah ISA, saya telah dibawa ke mahkamah selepas Peguam Negara campurtangan dan bercakap dengan menteri berkenaan."
Panggil setiausaha Lingam
Haidar kemudiannya mengarahkan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan, yang membantu suruhanjaya tersebut, supaya menghubungi Peguam Negara untuk membawa Manoharan memberi keterangan.
* Nama Manoharan disebut dalam prosiding suruhanjaya diraja itu, yang didakwa telah bertindak bagi pihak adik Lingam - V Thirunama Karasu. Mereka dikatakan telah memeras ugut wang dari Lingam supaya tidak mendedahkan hubungan rapatnya dengan beberapa hakim kanan.
* Shafee pula mempunyai negatif gambar percutian Lingam ke New Zealand pada 1994 bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin.
* Jeyanthi pula menguruskan percutian Lingam walaupun Lingam menafikan wanita itu adalah setiausahanya, dengan berkata terdapat ramai orang yang bernama Jeyanthi.
Tiada maklumat khusus yang diperolehi mengenai mengapa Chandran dipanggil memberi keterangan, namun keempat mereka dipercayai dapat memberi maklumat yang dapat membantu siasatan suruhanjaya diraja itu.
Suruhanjaya itu telah memanggil 18 saksi setakat ini.
Bagaimanapun, suruhanjaya tersebut belum memutuskan sama untuk memanggil tiga lagi saksi - bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KL Rekhraj; kakak Lingam, VK Lashimi dan pakar psikiatrik, Dr M Mahadevan yang merawat Thirunama. Permohonan telah dikemukakan untuk memanggil mereka memberi keterangan.
Nama Rekhraj dibangkitkan dalam prosiding semalam apabila Shafee berkata, beka hakim tersebut telah membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa melanggar rahsia rasmi.
Shafee mendakwa, bekas hakim tersebut kemudiannya telah memohon maaf kepadanya melalui telefon kerana membuat laporan polis tersebut atas arahan Eusoff.
Bagaimanapun, Rekhraj dan Eusoff menafikannya hari ini.
Rekhraj nafi
Penafian tersebut disampaikan melalui peguam Eusoff, Datuk Hazman Ahmad kepada suruhanjaya diraja itu. Rekraj turut menyangkal dakwaan Shafee bahawa beliau (Rekraj) diarahkan oleh Eusoff membuat laporan polis terhadap Shafee.
"Rekhraj berkata beliau membuat laporan polis tersebut selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah," kata Hazman.
Beliau berkata, Eusoff juga menafikan telah mengarahkan Rekhraj untuk berbuat demikian.
Shafee, yang hadir pada siasatan hari ini, berkata beliau ingin membuat permohonan supaya Rekraj dipanggil memberi keterangan pada siasatan berkenaan. Pesuruhjaya Datuk Mahadev Shankar berkata suruhanjaya itu memberi perhatian terhadap permohonannya

