Pemandu bas Rangkaian Pengangkutan Intergrasi Deras Pulau Pinang (RapidPenang) masih meneruskan mogok di beberapa hari ini berhubung isu tuntutan kenaikan gaji.

Berikutan itu, lebih 300,000 pengguna terkandas sejak tiga hari lalu, terutama di sekitar Georgetown dan Butterworth.

Kordinator Kumpulan Pengguna Bas Pulau Pinang, B K Ong, berkata sehingga ini tiada tanda-tanda mogok tersebut akan berakhir.

"Pagi ini, tiada kelihatan bas RapidPenang di jalanraya. Bas-bas tersebut disimpan di terminal bas Sungai Nibong.

rapid kl bus public transportation 021107 "Pemandu juga tidak kelihatan di kawasan terminal tersebut, tetapi saya difahamkan pihak pengurusan RapidPenang berunding dengan wakil pemandu tersebut.

"Seorang pengarah RapidPenang, Ong Tian Lai masih berunding dengan wakil pemandu bas tetapi hasilnya belum diketahui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ong berkata, tinjauan beliau ke Stesen Bas Komtar dan beberapa stesen lain mendapati tiada sebuah bas Rapid Penang di kawasan tersebut.

Penumpang merungut

Katanya, ketiadaan RapidPenang menyukarkan orang ramai terutama kaum Cina yang sedang persiapan menyambut Tahun Baru Cina, esok.

Beliau berkata, kaum Cina merungut kerana mereka sukar untuk ke pusat bandar bagi memberi barangan keperluan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

"Ramai yang merungut kerana tidak di maklumkan tentang mogok tersebut terlebih dahulu bagi membolehkan mereka membuat persiapan alternatif," katanya lagi.

Pihak pengurusan Rapid Penang yang dihubungi, bagaimanapun, enggan mengulas perkara tersebut melainkan rundingan masih berjalan.

Sementara itu, mogok pemandu bas RapidKL di sekitar Lembah Kelang telah berakhir apabila 200 pemandu kembali bekerja pagi semalam.

Kelmarin, pemandu terbabit dilaporkan melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati terhadap pengurusan syarikat itu berhubung soal gaji serta pembayaran bonus. Mereka berhimpun di hadapan pejabat pentadbiran di Depoh Rapid KL, Seksyen 25 di Shah Alam.

Berikutan itu, ribuan pengguna pengangkutan awam itu terkandas, malah ada antara mereka lewat ke tempat kerja.