Honorarium: Cuepacs terkejut KSN belum jumpa PM
ongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terkejut kerana Ketua Setiausaha Negara (KSN) belum berbincang dengan Perdana Menteri berhubung permintaan supaya kerajaan membayar honorarium untuk kakitangan awam.
Bercakap dalam satu program di RTM malam tadi, KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata beliau segan untuk meminta kerajaan membayar honorarium tersebut seperti yang diminta oleh Cuepacs kerana mereka telahpun mendapat kenaikan gaji yang besar.
Berikutan itu, katanya, beliau belum berbincang dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung cadangan Cuepacs itu.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan, kenaikan gaji kakitangan awam itu melibatkan RM4 bilion dan jumlah itu adalah lebih besar daripada bonus yang lazim mereka terima.
Katanya, Cuepacs telah menemuinya untuk berbincang mengenai perkara itu dan beliau telah berjanji untuk membawa perkara itu kepada Perdana Menteri.
Minta saguhati
"Biar saya berterus terang sebagai penjawat awam dan bukannya sebagai KSN, kalau kerajaan dah bagi begitu besar (kenaikan gaji), saya segan nak bertanya dengan PM untuk minta lagi (saguhati)," katanya ketika menjawab penonton dalam program `Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara'.
Sementara itu, Omar ketika dihubungi Bernama sejurus selepas menonton rancangan itu berkata beliau merasa terkejut dan tertanya-tanya mengapa ia belum dibawa kepada Perdana Menteri.
"Sebenarnya Perdana Menteri telah menyuruh Cuepacs berbincang dengan KSN sebelum beliau dimaklumkan oleh KSN kemudiannya.
"Hampir sebulan kita telah berbincang dengan KSN pada 7 Januari lalu mengenai bayaran saguhati dan usia bersara wajib. Cuepacs berharap perkara ini dibawa ke pengetahuan Datuk Seri Abdullah secepat mungkin," katanya.
September lalu, Cuepacs menghantar memorandum agar kerajaan menimbang pemberian bonus atau saguhati RM2,000 kepada kakitangan awam bagi meringankan beban kewangan mereka menghadapi kos sara hidup.