Perkhidmatan bas RapidPenang pulih
Perkhidmatan bas RapidPenang Sdn Bhd, anak syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang terjejas semalam setelah pemandunya melancarkan mogok, kembali pulih hari ini.
Perkhidmatan bas itu dipulihkan secara beransur-ansur mulai 7 pagi ini dan sehingga 1 tengah hari, semua bas syarikat berkenaan telahpun berada di jalan raya untuk memberi perkhidmatan kepada penumpang mengikut laluan masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhar Ahmad yang bermohon maaf kepada semua pengguna atas kesulitan yang mereka alami semalam, berkata pihaknya akan berusaha memastikan perkhidmatan bas tidak terjejas lagi selepas ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan perkhidmatan kepada orang ramai.

Menurut Bernama, kesemua 70 pemandu yang melancarkan mogok semalam kembali semula bertugas hari ini setelah mereka menandatangani surat perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan berkenaan atau sebarang tindakan yang boleh menjejaskan nama syarikat serta perkhidmatan kepada orang ramai.
"Mereka yang terlibat telahpun diberikan amaran secara lisan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sekiranya mengulangi perbuatan itu. Kita anggap semua kekalutan ini telah selesai," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Azhar berkata akibat tindakan mogok semalam, syarikat itu menanggung kerugian kira-kira RM50,000, dan sebagai sebuah syarikat yang masih baru, tindakan pemandu itu tidak dijangka.
Beliau juga tidak pasti sama ada terdapat unsur sabotaj dalam kejadian semalam dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Mengenai saman trafik dan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap 35 pemandu bas itu, katanya, RapidPenang meminta bantuan polis untuk memberi masa kepada mereka menyelesaikan saman yang tertunggak supaya perkhidmatan bas tidak terjejas.
Katanya setiap pemandu berkenaan mempunyai sekurang-kurangnya satu saman atau waran tangkap yang dikeluarkan semasa mereka belum bekerja dengan syarikat itu dan jumlah saman yang paling tinggi perlu dibayar ialah RM12,000.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) gagal dihubungi untuk mengulas mengenai tindakan terhadap pemandu berkenaan.