Empat wakil rakyat di Kedah - tiga dari Umno dan seorang dari MCA - akan mengundur dari setakat ini daripada bertanding dalam pilihanraya umum akan datang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

mahdzir khalid kedah mb Seperti dua wakil rakyat sebelum ini yang nama mereka tidak dinyatakan, Mahdzir juga enggan menyebut nama dua lagi wakil itu atau sama Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Ulama di Alor Star, Menteri Besar itu sekadar berkata: "Tiga daripada mereka adalah dari parti Umno dan seorang dari MCA."

Ketika diminta mengulas mengenai khutbah Jumaat berbaur politik, Mahdzir berkata hanya segelintir imam masjid di kedah bertindak menghasut orang ramai dan mereka ini akan dipanggil dan diberi nasihat oleh Jabatan Agama Islam Kedah, demikian menurut Bernama.

"Daripada 541 masjid di negeri ini, tidak sampai 10 masjid yang berbuat demikian dan setakat ini belum ada kes serius," katanya.

Mahdzir berkata jika ada imam yang melampau dan tidak serik setelah diberikan nasihat, tindakan terakhir kerajaan membawa imam itu menghadap Sultan.