BPR tidak boleh dedah calon BN bermasalah
Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak boleh mendedahkan kepada umum mengenai calon-calon Barisan Nasional (BN) yang gagal melepasi tapisan badan itu untuk melayakkan mereka bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara tersebut melainkan kepada pengerusi BN negeri dan di peringkat pusat.
"BPR tidak boleh dedahkan perkara itu. Ia rahsia," kata Shukri ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bahawa terdapat beberapa bakal calon disenaraikan bertanding di Selangor, terpaksa digugurkan selepas gagal melepasi tapisan pertama BPR.
enteri Besar Selangor itu dilaporkan berkata mereka yang digugurkan itu terdiri daripada wakil rakyat sekarang serta muka-muka baru yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon BN, kerana mempunyai masalah tertentu termasuk kes rasuah.
Beliau yang juga Ketua Perhubungan Umno Selangor enggan mendedahkan nama ahli-ahli politik terbabit, tetapi berkata jumlah amat kecil.
'Hanya yang terbaik'
"Sebelum ini, kita telah hantar senarai calon berkenaan kepada BPR untuk diteliti status mereka dan saya akui memang ada yang gagal melepasi tapisan tersebut," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
"Saya tidak boleh beritahu dengan terperinci mengenai perkara ini kerana perjanjian kita (BN Selangor) dengan BPR adalah rahsia bagi mengelak berlakunya sebarang spekulasi buruk atau tuding-menuding terhadap mereka yang tidak terbabit.
"Namun, saya boleh katakan jumlahnya terlalu kecil dan BN Selangor masih lagi mempunyai ramai calon yang berkaliber dan berkelayakan," katanya lagi.
Dr Mohd Khir berkata, proses tapisan senarai calon BN tidak akan terhenti setakat itu.
Sebaliknya, beliau berkata, senarai calon itu seterusnya akan dihantar kepada pihak polis untuk tapisan kedua dan kemudian ke Jabatan Insolvensi serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan mereka bebas daripada jenayah, saman, status bankrap serta terlibat dalam masalah berkaitan dengan cukai.
"Hanya calon terbaik akan dipilih," ujarnya.