Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tekan pautan iklan kek, wanita di Miri rugi lebih RM1 juta

Seorang wanita berusia 43 tahun di Miri kerugian RM1.389 juta selepas menekan pautan iklan jualan kek dalam talian yang dipercayai menyebabkan berlaku transaksi pemindahan wang tanpa kebenaran daripada akaun syarikat miliknya.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa telah melihat iklan jualan kek di laman media sosial sebelum menekan pautan diberikan untuk membuat pesanan dan melihat menu.

“Selepas menekan pautan tersebut, skrin telefon bimbit mangsa secara tiba-tiba menjadi gelap dan tidak dapat berfungsi.

“Kira-kira 10 pagi hari sama, mangsa membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati dua akaun bank milik syarikatnya mempunyai transaksi pemindahan wang tanpa pengetahuan berjumlah RM1,389,132. sebanyak 19 transaksi telah dibuat ke 15 akaun bank berbeza pada 14 Julai lepas,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS