Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kaji semula kerjasama dengan BN, kata AMK Selangor
Diterbitkan:  Jul 20, 2026 12:25 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Pemuda PKR (AMK) Selangor mahu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri mengkaji semula hubungan politiknya dengan Barisan Nasional (BN) dengan berkata sudah tiba masanya gabungan berkenaan membuat keputusan bijak berdasarkan realiti semasa.

Timbalan Ketua AMK Selangor, Mohamad Shahrul Adnan berkata demikian ketika merujuk kepada tindakan BN menentang PH pada pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

“Jika BN bebas bekerjasama dengan PN untuk menentang PH di Johor dan Negeri Sembilan, mengapa PH perlu terus menganggap kerjasama dengan BN sebagai sesuatu yang tidak boleh dipersoalkan?

Mohamad Shahrul Adnan

“Kerjasama politik mestilah dibina atas dasar saling menghormati, kepercayaan dan komitmen. Ia tidak boleh berubah-ubah mengikut musim pilihan raya atau kepentingan politik semasa,” katanya.

Shahrul menegaskan bahawa gesaan itu bukan bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan atau pentadbiran Selangor. Sebaliknya, dia menambah, langkah itu untuk menggesa kepimpinan PH melakukan muhasabah secara jujur dan strategik terhadap bentuk kerjasama politik bersama BN berdasarkan realiti politik semasa.

“Sudah tiba masanya PH Selangor mengkaji sama ada kerjasama dengan BN masih relevan dan memberi manfaat kepada perjuangan parti serta selari dengan aspirasi penyokong dan rakyat di Negeri Selangor," kata Shahrul.

Kenyataan pemimpin pemuda itu menyusul ketika hubungan BN dan PH semakin renggang berikutan keputusan sekutunya di peringkat Putrajaya menjalin pakatan pilihan raya dengan PN.

Bagi PRN Negeri Sembilan, BN dan PN masing-masing bersetuju menyokong calon satu sama lain di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri bagi menentang PH, walaupun BN kekal sebagai komponen dalam kerajaan Persekutuan yang dipimpin PH.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS