Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini menyuarakan keraguannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi benar-benar telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

lim kit siang dap pc 130208 serious "Saya menerima maklumat bahawa Seri Paduka keberatan untuk memberi perkenan kerana baginda merasakan tidak perlu untuk tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen," kata Lim dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas Abdullah mengumumkan pembubaran Parlimen.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah pemimpin DAP termasuk Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun, P Ramasamy dan Ronnie Liu.

"Pembubaran ini boleh ditangguhkan sehingga lapan hari lagi untuk menunjukkan kepada Malaysia dan dunia bahawa kepelbagaian bahasa, budaya dan agama dihormati sepenuhnya," kata Lim merujuk kepada gesaannya kepada Perdana Menteri sebelum ini supaya tidak membubarkan Parlimen sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau juga menggesa Abdullah supaya mendedahkan kepada umum tandatangan Seri Paduka dan pada masa yang sama, menjelaskan mengapa Parlimen dibubarkan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menambah, Abdullah juga perlu menjelaskan mengapa beliau bertindak bercanggah dengan janji-janjinya sendiri untuk tidak membubarkan Parlimen hari ini.

Semalam, Abdullah memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen hari ini. Bagaimanapun, Abdullah menjelaskan hari ini bahawa beliau terpaksa membuat kenyataan tersebut semalam kerana beliau perlu mendapatkan perkenan Seri Paduka terlebih dahulu.

Lim bagaimanapun tidak menerima penjelasan Abdullah dan menganggap menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai pengaruh dalam pembubaran Parlimen hari ini.

lim kit siang dap pc 130208 group Menurutnya, beliau percaya kenyataan Abdullah semalam adalah ikhlas bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen hari ini, dan mengesyaki ianya diatasi oleh 'kumpulan yang lebih berkuasa' malam tadi.

"Beliau mungkin diberitahu yang mereka tidak boleh lagi menunggu demi kepentingan politik untuk mencapai kemenangan besar bagi BN dan Parlimen mesti dibubarkan hari ini.

"Siapakah orang ini? Ia semestinya di tingkat empat Putrajaya - Khairy Jamaluddin," he added.

Lim juga mengingatkan para menteri Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyalahgunakan sumber-sumber kerajaan untuk tujuan berkempen.

Liputan tidak adil

Dalam satu sidang akhbar kemudiannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menyuarakan kekecewaan parti itu terhadap pembubaran Parlimen hari ini.

lim kit siang dap pc 130208 guan eng Katanya, tindakan membubarkan Parlimen belum pun masuk malam kelapan perayaan Tahun Baru Cina - i mana orang Hokkien menyembah Tuhan - menunjukkan kurangnya rasa hormat Perdana Menteri kepada masyarakat Cina Malaysia.

Beliau turut menyentuh jaminan Abdullah semalam bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen hari ini.

"Ia bukanlah satu permulaan yang baik jika Perdana Menteri berbohong kepada rakyat seperti ini. Para pengundi perlu menimbang semula sama ada untuk memberi satu lagi kemenangan besar kepada BN," tambahnya.

Beliau juga mencabar Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin supaya membuktikan dakwaannya bahawa agensi-agensi berita kerajaan bersikap adil dan memberi laporan yang benar.

Lim mengutuk keras penyiaran klip video yang mengaitkan pemimpin DAP dengan keganasan jalanan. Ia disiarkan setiap hari sejak berminggu-minggu yang lalu sebelum berita malam.

"Kita akan menguji dakwaan tersebut dengan menghantar klip video pilihanraya kita ke Angkasapuri dan semua stesen TV untuk disiarkan. Kita akan lihat sama ada mereka mempunyai semangat demokrasi dan membenarkan ia disiarkan," katanya.