Hindraf: Uthayakumar tidak bertanding
Pemimpin utama Pasukan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) yang kini ditahan, P Uthayakumar, tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum kali ini, kata ketua pergerakan itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Hindraf P Waythamoorthy, sekarang tinggal di London, menjelaskan keputusan diambil kerana ingin mengekalkan peranannya sebagai pergerakan yang tidak berpihak.

"Walaupun kami menerima banyak permintaan agar Uthayakumar bertanding dalam pilihanraya ini, kami kesal kerana tidak dapat menunaikan kehendak tersebut.
"Dengan ini kami berharap rakyat Malaysia akan memahami bahawa perjuangan kami itu tulus untuk membela hak-hak kaum minoriti India dan kami tidak mempunyai niat buruk sejak dari awal," katanya.
Waythamoorthy, yang juga abang Uthayakumar, menegaskan bahawa perjuangan Hindraf melampaui pilihanraya.
Uthayakumar (foto) sebelum ini dilaporkan diminta bertanding di kerusi parlimen Sungai Siput, yang dikuasai presiden MIC S Samy Vellu.
Sementara itu, dua lagi pemimpin Hindraf yang kini ditahan di Kem Kamunting bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M Manoharan and v Ganabatirau, bakal bertanding atas tiket DAP. Bagaimanapun ia belum disahkan.