Tiada lagi nombor siri pada kertas undi
Kerahsian undi terjamin dengan ketiadaan nombor siri pengundi pada kertas undi seperti yang dilaksanakan sewaktu pilihanraya sebelum ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Sebelum ini ramai pengundi yang mengadu undi mereka tidak rahsia kerana penggunaan nombor siri pengundi pada kertas undi, membolehkan SPR mengetahui calon yang mereka pilih.
Mereka mendakwa, ketika mengundi, pegawai akan mencatat nombor indek daftar pemilih (contoh: 1443) ke atas keratan kertas undi untuk simpanan SPR.

Keratan tersebut mempunyai nombor siri kertas undi. Maknanya SPR tahu bahawa kertas undi bersiri 12345 adalah kepunyaan pengundi 1443.
"Tiada siapa tahu anda undi siapa," kata Abdul Rashid kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi pilihanraya umum ke-12 hari ini.
Penamaan calon ditetapkan pada 24 Februari manakala pengundian akan diadakan pada 8 Mac depan, iaitu hari pertama cuti penggal persekolahan.
Abdul Rashid juga berkata tiada pemerhati pilihanraya dari luar negeri dijemput untuk memerhatikan proses pilihanraya umum.
Bernama memetik beliau sebagai berkata, ini kerana SPR tidak mempunyai kuasa untuk memberi akreditasi kepada mereka.
Mengenai dakwaan terdapat pengundi hantu, Abdul Rashid berkata: "Mustahil mereka yang tidak tersenarai dalam Daftar Pemilih boleh mengundi. Kalau ada dakwaan, kemukakan bukti dan kita akan siasat. Setakat ini, tiada pengundi hantu".
Beliau berkata garis panduan mengenai bahan kempen akan dikeluarkan SPR tidak lama lagi.
Lapor komen ini

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.