PAS akan serah nota bantahan ke Istana Negara
PAS akan menyertai pilihanraya umum ke-12 tetapi mendakwa terdapat beberapa prosesnya yang terus diragui dan pincang, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas menteri besar Terengganu itu berkata, kepincangan tersebut bakal mencacatkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara dan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undangnya.
Sehubungan itu, Abd Hadi Awang akan mengirim "Warkah Bantahan" kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengadu mengenai beberapa kepincangan dalam sistem pilihanraya umum negara yang tidak menepati proses demokrasi yang sebenar.

“Penyerahan "Warkah bantahan" akan dilakukan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok.
“PAS terpaksa menyembah aduan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Tuanku maklum dan sedia memerintahkan apa sahaja tindakan yang perlu bagi menjamin pilihanraya di negara ini terus berjalan dengan adil dan bersih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, tiga masalah besar yang akan disentuh oleh PAS dalam "Warkah Bantahan" itu adalah isu memanipulasi undi pos, proses celup jari yang diragui dan penafian akses kepada media.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan pembubaran Parlimen semalam.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh penamaan calon pada 24 Februari dan hari pengundian pada 8 Mac depan.
Seramai 10,922,139 pengundi - iaitu 10,701,054 pengundi awam dan 221,085 pengundi pos - layak mengundi dalam pilihanraya umum kali ini.