Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRN NS: Lebih separuh selesai mengundi setakat 2 petang
Diterbitkan:  Aug 1, 2026 2:48 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Sebanyak 51.58 peratus atau 443,461 daripada keseluruhan 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 setakat 2 petang hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan DUN Seri Menanti mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 57.6 peratus.

Ia diikuti DUN Senaling dengan 57.2 peratus dan DUN Kota sebanyak 56.9 peratus.

Sebagai perbandingan, 49 peratus daripada 838,200 pengundi biasa keluar mengundi setakat 2 petang ketika PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023.

Pada PRN 2023, kadar keluar mengundi akhirnya mencecah 68.35 peratus.

SPR menyasarkan kadar keluar mengundi antara 72 hingga 75 peratus bagi PRN kali ini.

Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran dibuka serentak pada 8 pagi dan akan ditutup sepenuhnya pada 6 petang.

Seramai 103 calon bersaing merebut 36 kerusi DUN, dengan 19 kerusi diperlukan untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS