Sekitar berita p'raya umum
MCA yakin dapat merampas kerusi DAP di Parlimen Seputeh, Bukit Bintang dan Cheras dalam pilihanraya umum kali ini.
MCA dijangka memperkenalkan beberapa muka baru untuk bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac ini.
Pergerakan Puteri Umno berharap pucuk pimpinan parti menimbang supaya Ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ini.
Pengerusi MIC Johor Datuk K S Balakrishnan menafikan bahawa anak lelakinya dan anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan dicalonkan bagi kerusi negeri dan Parlimen di Johor dalam pilihanraya umum kali ini.
Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau telah mengotakan janjinya untuk menyuntik semangat baru kepada parti berusia 62 tahun itu dengan mengemukakan ramai muka baru dalam pilihanraya 8 Mac ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata misi utama pembangkang dalam pilihanraya umum bulan depan adalah untuk mengurangkan majoriti dua pertiga kemenangan BN yang dicapainya sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SACII Amir Hamzah Ibrahim mengingatkan semua parti politik yang berkempen sepanjang pilihanraya umum kali ini agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kemarahan dan ketegangan kaum.

Berita penuh: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, parti itu dijangka memperkenalkan beberapa muka baru untuk bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac ini.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jumlah calon yang dicadangkan itu.
"Ada muka baru yang akan bertanding di Pulau Pinang. Mungkin tiga, empat atau lima. Lebih daripada seorang," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari
ini.
Menurut Bernama, dalam pilihanraya umum 2004, MCA bertanding 14 kerusi di Pulau Pinang, iaitu empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.
Bagaimanapun, parti itu menang satu kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN.
Chan berkata, 98 peratus calon MCA telah dikenalpasti, termasuk muka baru yang akan diumumkan kemudian apabila draf awal senarai calon itu dimuktamadkan.
MCA sasar rampas Seputeh, Bkt Bintang, Cheras
Sementara itu, MCA yakin dapat merampas kerusi DAP di Parlimen Seputeh, Bukit Bintang dan Cheras dalam pilihanraya umum kali ini.
Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Tan Chai Ho berkata parti itu telah mula membuat persiapan untuk menawan tiga kerusi itu sejak selepas pilihanraya umum 2004.
"Kami telah belajar dari kegagalan lepas dan kami yakin kami mampu memberi cabaran hebat kepada DAP kali ini.
"Adalah tidak mustahil bagi kami untuk merampas kerusi itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
MCA diperuntukkan lima kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, iaitu Bandar Tun Razak, Seputeh, Bukit Bintang, Cheras and Wangsa Maju.
Dalam pilihanraya umum 2004, MCA menang dua kerusi - Bandar Tun Razak (Tan) dan Wangsa Maju (Datuk Yew Teong Lock). Parti itu tewas kepada DAP di tiga lagi kerusi yang diperuntukkan kepada mereka iaitu Bukit Bintang, Cheras dan Seputeh.
Wilayah Persekutuan mempunyai tiga belas kawasan parlimen, termasuk Putrajaya dan Labuan.
Mengenai dirinya, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu yang merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sejak 1995, berkata jika diberi peluang, beliau mahu dikekalkan di kawasan itu.
Tan berkata MCA Wilayah Persekutuan telah menyerahkannya senarai nama calon yang dicadangkan untuk lima kawasan Parlimen di Kuala Lumpur kepada presiden parti Datuk Seri Ong Ka Ting.
"Saya menunggu jawapan yang positif daripada presiden parti saya," katanya.
Puteri Umno harap Noraini dicalonkan
Pergerakan Puteri Umno berharap pucuk pimpinan parti menimbang supaya Ketua pergerakan itu, Datuk Noraini Ahmad dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ini.
"Ini adalah sebagai pengiktirafan Noraini sebagai ketua pergerakan itu selama ini," kata Setiausaha Puteri Umno Bibi Sharliza Mohd Khalid.
Beliau berkata Puteri juga berharap lebih ramai calon dari pergerakan itu disenaraikan untuk bertanding dalam pilihanraya umum ini.
Bibi Sharliza berkata berdasarkan khidmat bakti, pengalaman serta kematangan anggota pergerakan itu sejak sayap Umno itu diwujudkan pada 2001, ramai di kalangan anggota Puteri yang berkelayakan dan berkebolehan untuk memimpin.
"Selain berharap dua kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri yang diperuntukkan kepada Puteri pada pilihanraya umum 2004 dikekalkan, kami bersyukur jika kerusi berkenaan dapat ditambah pada pilihanraya umum ini," kata nya Bibi Sharliza yang juga wakil rakyat kawasan Paroi.
Katanya, Puteri Umno kini mempunyai lebih 400,000 ahli berdaftar di seluruh negara, dengan jumlah tertinggi Selangor, iaitu lebih 40,000.
Beliau yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau berkata gerak kerja Puteri Umno dalam pilihanraya umum ini memfokuskan kepada dua perkara, iaitu teknologi maklumat dan gerak mesra pengundi.
"Saya cukup gembira kerana ramai ahli Puteri yang sanggup mencurah bakti dalam pilihan raya umum ini. Saya meminta agar mereka menjalankan tugas dengan
penuh komitmen untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Pengerusi MIC Johor nafi spekulasi
Pengerusi MIC Johor Datuk K S Balakrishnan menafikan bahawa anak lelakinya dan anak Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan dicalonkan bagi kerusi negeri dan Parlimen di Johor dalam pilihanraya umum kali ini.
Spekulasi yang tersebar di kalangan masyarakat India di Johor ialah anak Balakrishnan - Panir Selvam yang merupakan Naib Ketua Pemuda MIC Johor dan Vell
Paari, anak Samy Vellu - akan bertanding di Johor.
"Tiadalah, tidak ada macam itu. Semua calon MIC yang akan bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac ini, akan ditentukan oleh pucuk pimpinan MIC pusat,"
katanya kepada Bernama.
Panir Selvam dijangka dicalonkan bagi kerusi DUN Permas menggantikan tempat bapanya yang mengumumkan beliau tidak mahu dicalonkan semula atas sebab-sebab kesihatan.
Balakrishnan telah lima penggal menjadi wakil rakyat kawasan Permas.
Berikutan keputusan Balakrishnan itu, dan kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor, terdapat dua kekosongan kerusi MIC negeri yang perlu diisi.
Sumber-sumber dalaman MIC Johor mengatakan terdapat lima calon yang disebut-sebut untuk mengisi kekosongan itu termasuk Panir Selvam dan peguam serta setiausaha Pemuda MIC negeri Vinandhan.
Nama lain yang disebut-sebut termasuk Bendahari MIC Johor Datuk Balakrishnan, Penolong Setiausaha MIC negeri Sooriya Narayanan dan Ketua Wanita MIC Johor yang juga anggota Majlis Tertinggi parti, Murugeswari.
Mengenai Vell Paari, sumber itu bersetuju dengan kenyataan Pengerusi MIC negeri dan menafikan spekulasi bahawa anak Samy Vellu itu akan bertanding di Johor.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan calon MIC yang bakal bertanding merebut empat kerusi DUN dan satu Parlimen di Johor itu adalah muka baru.
Samy: MIC kemuka muka baru
Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau telah mengotakan janjinya untuk menyuntik semangat baru kepada parti berusia 62 tahun itu dengan mengemukakan ramai muka baru dalam pilihanraya 8 Mac ini.
"Ini adalah langkah permulaan kerana banyak lagi perubahan akan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau dijangka memperkenalkan sehingga 80 peratus calon muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan 30 peratus bagi kerusi Parlimen dalam pilihanraya kali ini.
Dalam pilihanraya umum 2004, MIC menang kesemua sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi negeri yang diperuntukkan kepadanya.
Misi pembangkang kurangkan majoriti 2/3 BN
Sementara itu, di Klang, penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata misi utama pembangkang dalam pilihanraya umum bulan depan adalah untuk mengurangkan majoriti dua pertiga kemenangan BN yang dicapainya sebelum ini.
Katanya, misi itu adalah sebagai amaran kepada BN bahawa rakyat telah sedar dan mahukan pembaharuan dalam tampuk pemerintahan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina.
Lim juga melahirkan keyakinan bahawa calon yang mewakili parti pembangkang akan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi DUN kali ini.
Polis: Jangan guna isu sensitif
Di Kota Baru, Timbalan Ketua Polis Kelantan SACII Amir Hamzah Ibrahim mengingatkan semua parti politik yang berkempen sepanjang pilihanraya umum kali ini agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kemarahan dan ketegangan kaum.
Katanya, semua pihak perlu mematuhi perkara yang dilarang semasa berkempen bagi memastikan pilihanraya umum ini berjalan lancar.
"Unsur-unsur yang tidak baik termasuk isu perkauman, hasutan dan fitnah perlu dihindar kerana boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang lain," katanya kepada Bernama.
Amir Hamzah berkata polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeruhkan perpaduan kaum di negara ini.