Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kertas siasatan kes anjing mati dirujuk pada timbalan pendakwaraya

Kertas siasatan berhubung kes kematian seekor anjing semasa operasi tangkapan anjing liar di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang dekat Shah Alam telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata pihaknya kini sedang menunggu arahan selanjutnya.

“Kertas siasatan kes berkenaan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya semalam. Tunggu arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Lim dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung insiden yang berlaku ketika operasi tangkapan anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan kerjasama penduduk setempat telah dibuka di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS