Haron Din tanding Parlimen Arau
PAS mengumumkan senarai calonnya di Perlis yang diketuai oleh Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din, untuk bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac ini.
PAS akan bertanding dua kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN ) di Perlis.
Perlis mempunyai 15 kerusi dewan undangan negeri dan tiga kerusi Parlimen.

Dr Haron, pemimpin kelahiran Perlis, sekali lagi diturunkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Arau.
Menurut Bernama, dalam pilihanraya umum 2004, Dr Haron tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail dengan 3,243 undi.
Turut dicalonkan semula ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin bagi mempertahankan kerusi DUN Sanglang, satu-satunya kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihanraya umum.
Calon PKR
Senarai calon tersebut itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis ceramahnya di markas PASKampung Pondok malam
tadi.
Sekutu PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi peruntukan satu kerusi parlimen iaitu Kangar dan tiga kerusi DUN iaitu Titi Tinggi, Beseri dan Indera Kayangan.
BN pula memperuntukkan dua kerusi dewan DUN kepada MCA iaitu Titi Tinggi dan Indera Kayangan, kepada MCA manakala selebihnya diperuntukkan kepada Umno. Ketiga-tiga kerusi Parlimen juga diperuntukkan kepada Umno.
PAS Melaka pula dijangka mengumumkan senarai calonnya pada 22 Februari depan.