DAP rayu Fong kekal di Batu Gajah
Pemimpin atasan DAP merayu bekas anggota parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, agar bertanding mengekalkan kerusi itu selepas beliau mengumumkan tidak akan bertanding semalam.
Dalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin parti itu di semua peringkat mahu wanita itu mempertahankan kemenangannya di kerusi itu dan beliau tidak dipaksa bertanding di tempat lain.

"Jika (Fong) tidak bertanding di kerusi itu, Batu Gajah mungkin tidak lagi selamat," kata Lim.
Seorang lagi pemimpin kanan DAP Lim kit Siang juga menyatakan sokongan kepada Fong.
"Parti tidak pernah mendesak Po Kuan beralih kawasan pilihanraya, semua pemimpin parti menjangkakan dan sepenuhnya menyokong beliau bertanding bagi kali ketiga di kerusi parlimen Batu Gajah," katanya, dalam satu kenyataan.
"Saya telah membaca komen-komen pengunjung di blognya dan blog saya. Po Kuan harus sedar bahawa beliau memang dilihat sebagai obor harapan bagi rakyat Malaysia dalam perjuangan perit menegakkan keadilan, demokrasi dan Bangsa Malaysia."
Semalam ahli parlimen DAP selama dua penggal itu mengumumkan tidak mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihanraya umum nanti.
Beliau, yang kelihatan sangat sedih, juga memutuskan tidak bertanding di mana-mana kerusi.
"Keputusan saya muktamad," katanya, di sidang media yang mengejutkan banyak pihak, khususnya penyokon DAP.
Fong memenangi kerusi itu dalam pilihanraya umum 1999 pada usia 26 tahun.
Graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menang lagi pada 2004 dengan tambahan jumlah undi.