Nurul Izzah: Saya sedia bertanding
Nurul Izzah Anwar sedia bertanding dalam pilihanraya umum kali ini walaupun minggu lalu bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anaknya itu belum pasti bertanding.
"Terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan kedudukan saya dalam pilihanraya umum ke-12 ini.
"Saya telah dicadangkan untuk beberapa kawasan tetapi saya tidak mahu komen (mengenainya).

"Begitupun saya telah berkempen untuk PKR dan pembangkang bagi menghadapi piliharaya umum ini," katanya kepada wartawan di ibu negara hari ini.
Anak sulung Anwar, yang mendapat jolokan 'Puteri Reformasi' diuar-uarkan bertanding sama ada di Lembah Pantai atau Wangsa Maju.
Sebelum itu beliau menghadiri majlis pelancaran Dokumen Harapan Anak Muda Malaysia anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR dan Pemuda PAS di pejabat agung PAS di ibu negara.
Dokumen dilancarkan bersama oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.
Jumaat lalu, ketika ditemui di Rantau di Negeri Sembilan, Anwar berkata, Nurul Izzah hanya mahu berkempen melalui ceramah membantu calon PKR.
Anwar berkata demikian ketika menjawab desas-desus bahawa anaknya itu akan bertanding sama ada di parlimen Lembah Pantai atau Wangsa Maju dalam pilihanraya umum nanti.
Nurul Izzah berkata, jika bertanding beliau tidak mahu dilihat sebagai anak perempuan Anwar sebaliknya dengan identitinya sendiri.
"Walaupun sibuk menjaga anak sulung saya tetapi tiada halangan dengan politik," katanya.