Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berita sekitar pilihanraya 2008
Diterbitkan:  Feb 18, 2008 4:39 PM
Dikemaskini: Feb 19, 2008 4:31 AM

Umno Langkawai tolak Mukhriz

Umno bahagian Langkawi enggan menerima calon dari luar, termasuk exco Pemuda Datuk Mukhriz Mahathir, bertanding di kawasan parlimen itu.

Anak bekas perdana menteri itu dilaporkan ingin bertanding di kawasan itu.

Bagaimanapun, menurut Bernama , 85 daripada 91 cawangan Umno di bahagian itu ingin penyandangnya Datuk Paduka Abu Bakar Taib mengekalkan kerusi.

Abdullah: Calon BN belum muktamad

Calon-calon yang diumumkan hingga hari oleh parti-parti komponen Barisan Nasional belum muktamad, kata pengerusinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata senarai calon hanya akan diumumkan apabila beliau selesai mengkajinya.

"Belum lagi... saya masih belum memuktamadkan senarai. Tiada senarai yang

telah dimuktamadkan," katanya.

Perdana Menteri berkata Manifesto Pilihan Raya BN kali ini juga akan diumumkan apabila beliau selesai melihatnya.

Beliau juga enggan mengulas perubahan kerusi dalam kalangan Ketua Menteri atau Menteri Besar selain perubahan kerusi pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Jangan layan kenyataan 'orang utan' Nik Aziz

Barisan Nasional (BN) Kelantan disaran tidak melayan kenyataan "orang utan" yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata pengerusi perhubungan Umno negeri Datuk Seri Annuar Musa.

Nik Aziz semalam berkata PAS Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri ini, tetapi "orang utan yang tidak tahu undang-undang".

Annuar berkata tuduhan itu juga mencerminkan sikap Nik Aziz yang gagal mengawal emosi apabila berdepan dengan masalah yang dihadapinya.

"Kita tahu dia (Nik Aziz) tidak buat apa-apa, semua keputusan dibuat oleh orang lain, Nik Aziz hanya menjadi model sahaja dalam kerajaan," kata Annuar.

Ghani: Tidak tersenarai masih boleh jadi calon

Pemimpin Umno yang tidak disenaraikan untuk dicalonkan dalam pilihanraya umum nanti masih berpeluang menjadi calon selepas dinilai oleh presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kata pengerusi badan perhubungan Umno Johor.

Datuk Abdul Ghani Othman berkata Abdullah akan menilai semua perkara, termasuk prestasi seseorang sebelum mengambil keputusan muktamad mengenai calon pilihanraya.

Ghani berkata watikah pencalonan mereka yang bakal bertanding boleh diketahui selewat-lewatnya 23 Feb ini, sehari sebelum penamaan calon.

Mengulas mengenai dakwaan berlaku perbalahan dalaman di beberapa bahagian Umno di negeri itu, Ghani menggesa mereka menghentikan perbalahan tersebut dan bersatu demi memperkukuhkan lagi Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional.

Pembangkang Sabah janji tambah Adun

Gabungan tiga parti pembangkang yang digelar 'PBS Baru' berjanji akan menambah jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yang Dilantik, selalunya untuk mewakili kumpulan minoriti, jika mereka berjaya membentuk kerajaan.

Janji itu dimasukkan dalam manifesto tiga part itu -- Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (Pasok), Parti

Barisan Rakyat Sabah Besekutu (Bersekutu) dan Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (Setia).

"Kami akan tambah kerusi Adun Dilantik daripada enam kepada 10 untuk memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan minoriti untuk menyertai kerajaan negeri," kata pengerusi gabungan itu Datuk Pengiran Othman Rauf. kepada pemberita di sini hari ini

PBS Baru yang mendakwa mempunyai keahlian kira-kira 100,000 orang bercadang meletakkan calon di semua 60 kerusi DUN dan kemungkinan empat kerusi parlimen.

Umno T'ganu umum calon Jumaat

Senarai calon yang bakal bertanding di Terengganu pada pilihan raya umum ke-12 akan diumumkan Jumaat ini, kata pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau dijadual mengumumkan senarai itu di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, Kuala Terengganu pada hari tersebut.

Sebelum ini, Idris membayangkan hampir 30 peratus daripada calon yang bertanding kali ini adalah muka baru yang terdiri

daripada golongan muda yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, termasuk agama.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS